Saturday, April 13, 2019

Dah masuk hari ke20

Hari yg ke20 dan masih lagi mengharap sesuatu yang baik dari jauh. kemarin ada juga clong jumpa abg cheree untuk mencari apa yang tersembunyi dan dalam masa tersebut clong call suruh bercakap dengan abang cheree dan sangkaan aku dia kena sesuatu dari jauh ternyata telah diberitahu oleh abang cheree dgn kata lain pukau. insyaAllah abg cheree akan usaha mana yang termampu dengan pertolongan Allah. agar dia keluar dari kemelut jahat individu yang perlu petunjuk Allah atas perbuatan mereka. Aku doakan semoga Allah beri petunjuk kepada individu yang berniat jahat terhadap hubungan kami .. aamiin .. insyaAllah.

1st Time Ride

Basikal dah lama beli tapi tak pernah bawa jalan jauh .. hari khamis bawa muhammad dan farish jalan2 kat area kg keladi .. ada la dalam 5km lebih .. boleh lah buat keluar peluh. takut juga mula tu sebab anak2 tak pernah lalu ikut jalan besar ni 1st time dia orang berbasikal di jalan raya.




Tuesday, April 09, 2019

GOTONG ROYONG TEBANG POKOK BELAKANG KELAS

2 hari aku cuti .. hari ahad ke SMPendidikan Khas Vakasional Merbok Sg Petani pergi bengkel pengisian SPBT .. dan kemarin bawa anaknda Mr Perfect ke IPG dan hari ni p sekolah kena gotong royong tebang pokok. Mula pukul 9.15 habis dalam pukul 10.00 .. kalau ramai-ramai buat kerja sekejap je yang jadi masalah bila ramai-ramai datang rata-rata duk seluk poket .. hehehe




Monday, April 08, 2019

MTEST at IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani

Hari ni aku ambik cuti rehat sbb perlu hantar anaknda abg adib ke IPG SAH sg petani utk Mtest. daftar pukul 9.00pg .. so aku keluar td pukul 7.40pagi p perkena roti canai dulu di kg keladi, kena 2 biji sorang selesai... pukul 8.10 bertolak dari kg keladi ke IPG .. alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 8.55, pendaftaran pukul 9.00 hingga 9.30 pg .. tu yang tak kalut sangat. dari kulim ke IPG dalam 45 minit je. lps hantar aku dgn abg afiq pusing SP intai kedai RIM MOTOR .. sbb rim motor lc dah rosak perlu tukar baru tapi apakan daya tidak menarik dr segi harga, di kulim lagi murah. Mtest habis pukul 11.00pagi sampai rumah dekat pukul 12.00. sampai je rumah rehat sekejap zzzzzzz bangun buat nasi goreng sbb nasi yang abg adib masak kemarin takde sapa makan. malam tu ada tahlil kat surau .. so hari ni aku goreng nasi dan goreng ayam tepung kari. alhamdulillah.

set smart mari cek kawase 

Monday, April 01, 2019

Jalan2 Cuti Semester 1

220319 jumaat .. on the way pulang kampung singgah2 dulu di Gunung Reng sambil solat jumaat di masjid berdekatan. my wife yang suggest suruh aku masuk ke tempat ni .. rupanya ada gua dalam bukit tu dan air sungai yang mengalir jernih dikaki bukit batu gunung reng. apa lagi kami ambil peluang panjat masuk dalam gua, semua panjat tolak mama dia je. gambar berbicara ... 




AdAkah 251298 - 250319

Hanya Allah yang tahu apa yg berlaku namun memori sebelum subuh menjadi kenangan dalam hidup aku usai 250319. Allah mengejutku untuk ke surau namun sebaliknya yang terjadi, Allah kejutkan aku untuk mengadap insan yang disayangi menyetuh hati kecil ku. Kesedaran timbul dengan perancangan Allah swt, Allah mengetahui apa yang tersembunyi. Rumah pusaka Krai G7 menjadi destinasi aku dan keluarga pada pagi yang mulia itu, di rumah pusaka yang dijaga adik ipar lelaki ku itu lah tempat berteduh sementara insan yang tersayang menanti sinar harapan yang bakal dilaluinya nanti. Sinar harapan yang dicari tanpa aku sedari namun kesalahan semua diletakkan atas bahu aku gara-gara sebuah sinar yang ingin dikecapi dan ditunggu selama ini. dari anak kecil hingga anak sekarang menuju dewasa dan peluang terbuka untuk terus mengejar sinar yang dikatakan sangat bermakna dalam dirinya (didoakan semoga menjadi realiti). Aku pasrah namun harapan untuk terus kekal masih lagi berkobar-kobar memandangkan umur makin dekat dengan mati, aku takut dengan situasi yang mendatang tanpa sinar harapan yang nyata dan sinar itu akan terus pudar lalu padam. Allah swt jua lah tempat aku menadah dan memohon harap agar perjuangan ini terus kekal ke akhir hayat tanpa kedukaan. Anak6 yang menjadi nadi perjuangan aku agar terus tabah dengan Ujian Allah .. Hari ini 010419 dah 8 hari mengasingkan diri menjadi tunggul yang mereput walau akar masih lagi kuat, kuat demi cahaya-cahaya yang berada didepan mata. Sedih, kecewa, kesal, marah, sakit hati, dendam, risau, sayu menjadi mainan minda. Pengharapan demi pengharapan agar perjuangan kelansungan hidup berterusan hingga Jannah ... InsyaAllah .... #masihmengharap

anak-anak dengan paksarela menerima pahit hujung mac yang menyetuh sanubari mereka. Langit tidak selalu mendung namun kabus tidak sepanjang hari satu masa pastikan akan ada cerahnya. Redha dengan ketentuan syukur dengan pemberian, ketenangan dan sinar kebahagiaan menanti dihujung usia .. InsyaAllah.   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails