Sunday, October 30, 2022

AKHIRNYA DARI 25/12/1998 HINGGA 30/10/2022

        Semua manusia inginkan kesenangan dan kebahagiaan dan semua pasangan suami isteri inginkan kebahagiaan hingga ke jannah serta sering berjanji sehidup semati. Namun apakan daya perancangan manusia hanya perancangan dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah swt. Hari ni merupakan hari terakhir aku bersama isteriku. Tanggal 30/10/2022 merupakan tanggal perpisahan kami dan perpisahan ini adalah perpisahan yang terakhir bagi kami memandangkan ini adalah talak yang ke3. selama puluhan tahun aku pertahankan talak yang terakhir ini tapi aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan dan penuh dengan dosa. 

Selama 24tahun kami melayari kehidupan sebagai suami isteri pelbagai onak duri kami lalui untuk sampai ke persimpangan ini. dikurniakan 7 orang cahaya mata yang comel dan sihat. kekadang aku dengki dengan pasangan lain yang kekal hingga hujung nyawa tapi aku Allah uji dengan perpisahan yang semestinya aku tidak inginkan. tapi atas apa yang aku lalui peprisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk kami berdua agar tidak terus dalam dosa. hari terus berjalan usia semakin tua ketenagan dan kebahagiaan adalah harapan untuk menuju alam yang kekal jika diusia sebegini masih lagi ada kekecohan dalam hubungan maka jalan penyelesaian terbaik perlu dibuat.

Mahkamah Syariah Kulim

menunggu dalam kereta 

 

Saturday, June 11, 2022

JENTERA BARU KU

 Lama juga aku termenung dan fikir perlu atau tidak aku keluarkan jentera baru lagi memandangkan hutang aku dah banyak. Entah apa yang telah meracuni fikir aku jadi aku buat keputusan yang agak membebankan aku juga laa dengan gaji yang semakin ciput. Jadi tanggal 20 MEI 2022 keluar laa ADV150 bernombor pendaftaran DEH5229 berwarna merah. Bersemangat balik untuk aku menunggang yang telah sekian lama aku tinggalkan memandangkan LC135 aku telah beralih tangan kepada anak teruna ku abg AFIQ .. rasanya selepas BEZZA ku keluar aku dah tak menunggang lagi. aku drive je selalu. keadaan jalan yang semakin sesak jentera baru ku inilah yang memudahkan perjalanan ku hari-hari untuk buat kerja.



SEKEJAP MASA BERLALU

 Usia ABAH makin meningkat anak-anak pun dan makin meningkat dewasa .. masing-masing dah ada kehidupan yang perlu diteruskan selagi bernafas. ALONG sekarang berada di UITM Cawangan Tapah Sambung Diploma Sains ..sebelum ni belajar di UNISZA Pengurusan Perniagaan Islam. . abang ADIB tukar cawangan dari UIA ke UNIKL bidang pelancongan .. tak dapat carry katanya Jurutera Komputer ..susah katanya so tukar pelancong .. anyway abah selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak abah. Abang AFIQ dah tamat SPM dan dah bermacam peniagaan dibuatnya suruh sambung belajar tak mau suruh masuk navy pun tak mau masih mencari-cari bidang yang sesuai .. inshaAllah akan ada yang sesuai untuk abang AFIQ. Anak istimewa abah AYUNI dah masuk umur 17 tapi masih tingkat 4 sebab sekolah khas di SMK ALMA .. tiap-tiap hari abah hantar dan ambik, jauh juga laa untuk hantar aciq perlu turun dari rumah paling lewat 6.15 pagi tak kira subuh pukul berapa kalau subuh masuk waktu awal so sempat laa solat dirumah kalau subuh masuk waktu lewat terpaksa laa solat di sekolah, Namun sekarang alhamdulillah abah tak berapa kelam kabut lagi dengan urusan hantar dan ambil ACIQ kerana dah hamba Allah yang sudi menringankan urusan abah insan yang baik hati itu ialah Makcik HASLIZA dan pakcik NAZRI .. abah hanya hantar ke Taman KTC 3 saja setiap pagi dan balik sekolah abah yang pergi ambil. Terima kasih Pn HASLIZA dan En. NAZRI hanya ALLAH sahaja yang membalas kebaikan kalian.  Abang FARISH dah tingkat 4 umur dah 16 tahun, hari ni aku menulis lepas dari cuti seminggu. masa cuti bawa balik motor EX5 BHL untuk dibaiki sebelum ni dah bawa balik tapi enjin saja dan bila pasang kat motor masih ada yang tidak elok dan sekarang dah cun dan abg FARISH puas hati dengan apa yang di hajati. Abg MUHAMMAD AKA ALIF dah masuk tingkatan 1 dan dah berumur sebaya kerana INNOVA .. hehehehehehe .. dan anak abah yang terakhir penyeri keluarga di kala semua dah besar dan buat hal masing-masing anak abah yang ini laa yang mengegarkan rumah taman merawan ni ... alhamdullillah terima kasih ISQHI hadir dalam hidup keluarga ini. Anak PKP ni lahir 25/3/2020 dan sekarang dah masuk 2tahun 3bulan.





Tuesday, June 16, 2020

CERITA KEHIDUPAN

Entah apa yang aku akan taip .. entah apa yang aku story kan entah apa yang bermain dalam kehidupan aku dengan keluarga ku ini .. dengan isteri dengan anak7 dengan ibubapa aku dengan keluarga besar aku dengan ipar duai aku dengan dosa aku dengan rahsia aku. Kadang-kadang letih untuk aku fikir semua tu, lebih baik aku hidup dengan seadanya dan doa dengan Allah atas ujian yang aku lalui sepanjang PKP ini dari bulan Mac hingga hari ini 16 jun 2020 .. pelbagai ujian yang perlu aku lalui dengan isteri yang (.....) dengan anak yang makin meningkat remaja, hinggakan aku terpaksa jual motor kesayangan ku LC 135 V1 (tapi tak terjual lagi ...hehehe). Namun kehidupan ini perlu diteruskan  walau apa sekali pun terjadi dan selagi nyawa dikandung badan. Takut untuk mati makin terasa, dengan dosa2 yang mengunung dengan iman senipis bawang .. adooii risau dengan kehidupan ini. 
   Aku selalu mengintai kebaikan yang mampu aku buat dan mampu kau terjemahkan agar dengan sedikit kebaikan ini aku mampu menambah berat timbangan diakhirat nanti . Selalu dipesan kepada anak7 agar selalu berbuat kebaikan walau sekecil mana sekali pun dan kebaikan yang dibuat perlulah di sembunyikan kepada sesiapa saje.
   Terlalu lama tinggalkan blog ini entah dimana nak mula dulu, takpe lah aku story kan mana yang terlintas dalam otak aku. start menGRAB selepas sebulan gantung kunci dan dalam menGRAB ada 2 story besar yang sukar untuk aku lupa. Pertama orang tua yang berjalan dengan menyandang beg pack .. aku tegur dan hantar ke KTM Tasek Gelugor dia kata nak balik Arau Perlis, setelah hantar aku OTW ke kulim masuk je kawasan kulim job masuk tambang rm540 terus terlintas kat pakcik tu. aku ambik job tu terus gerak ke klang dan satu pun takde roadblock sedangkan itu PKP pertama yang sangat ketat peraturannya tapi dengan izin ALLAH senang je terus ke klang. Aku hantar lelaki indonesia .
  Story kedua ialah cerita abg KRI dengan kehidupan dia bersama keluarga kecilnya, orang baling anak 4 orang hidup sangat2 susah, sebak aku tengok keadaan dia tapi orang yang rajin berusaha walau macam mana sekali pun keadaan untuk anak4 dan isteri. tinggal di kawasan kelapa sawit tidak ada sesiapa hanya dia dan keluarganya tanpa kenderaan untuk bergerak .. Subhanallah .. hanya doa dan sedikit pertolongan yang mampu aku berikan. 
   Cerita Ayahnda ku yang makin berusia namun ayahnda perlu kuat dalam meneruskan kehidupan ini lah hiro keluarga kami sebelum subuh dah keluar rumah mencari rezeki untuk kami 10 beradik dan sekarang masa anak10 yang menjaga nya.  PM telah umum kan 10hb jun dah boleh rentas negeri dan aku tak tunggu lagi tanya sapa nak ikut aku balik kampung untuk mencari keberkatan dan eredhaan ibubapa, cuma anaknda FARISH je yang nak ikut katanya takde sapa yang temankan abah. Di kampung ada seorang insan yang selalu membawa syurga ku iaitu ibu ku dan aku perlu selalu melihat syurga ku, dengan hanya melihat wajahnya saje aku memperolehi keberkatan dalam hidup ini, itu kata2 Rasulullah saw. Aku Pulang hanya 3 hari untuk menceriakan ayah dan ibu ku .. dengan mengembirakan mereka dengan memenuhi apa sekali permintaan mereka.
   Sudah 16 hari abang afiq tidak bertegur dengan abah tapi doa dari abah untuk abang afiq tetap tidak putus setiap hari dan insyaAllah akan abah doakan untuk anak7 abah setiap hari agar cemerlang dunia dan akhirat, lebih2 lagi jangan lupa doakan abah dan mama jika kami sudah tiada.
  Isteriku tetap didoakan setiap hari dan doa untuknya agar Allah selalu menyayangi nye seperti mana dia menyayangi anak7 ku ... terima kasih isteriku sudi hadir dalam hidupku dan memberi zuriat kepada ku .. dengan penat lelah yang hanya engkau saje yang tahu dan dengan kerenah aku yang netah apap-apa ini engkau tetap sabar tapi kesabar engkau ada had nya .. maaf kan aku.

Saturday, April 04, 2020

COVID 19

Satu dunia dalam perintah darurat, bermula dari tempat bernama WUHAN CHINA hinggalah merebak keseluruh dunia. awalnya dikenali Corona Virus dan last sekali jadi COVID 19 memandangkan ia lahir pada hujung tahun 2019.puluhan ribu meninggal ratusan ribu positif COVID 19. hampir seluruh dunia lumpuh dari segi ekonomi. semua orang takut untuk lakukan aktiviti yang melibatkan tempat orang ramai, termasuk aku stop terus buat GRAB memandangkan virus ni masing2 tak tahu dari mana dia datang kepada siapa dia pergi dimana ia berada semuanya tak tahu. jadi aku ambik keputusan stop sementara untuk buat GRAB jika semua dah kembali normal baru lah aku ON balik. Datangnya dari Allah hilangnya Kerana Allah .. ada banyak hikmah dari musibah COVID 19 ini. kelab2, casino semua tutup tempat2 maksiat semua tutup.

letih aku nak taip kalau nak cerita pasal COVID ni .... panjang ceritanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails