Wednesday, December 18, 2019

Kakakku Sabah datang Lawat Acik

Bertolak dari Penang 5.30pm sampai di a.s dekat pukul 9malam .. jem di jambatan. singgah a.s sebelum hantar abang hadi ke baling. abang hadi ambil SPM so perlu duk baling pula sebelum ni duk pondok di jitra. pukul 10mlm kami sama-sama keluar Dari Hospital Sultanah Bahiyah. abah sampai pukul 11.30 malam di rumah kulim dia orang pukul 3.30 pagi di Selama, Perak. Apa pun terima kasih kak ina dan ustz nazim sekeluarga datang lawat acik.




Geng satu kelas di sabah (huwaina)

kali ke3 acik masuk wad

kali ni semua dah ready ..acik pun dah ready ..doktor pun dah ready so operation akan dilakukan. 14hb desember masuk wad .. 15hb desember operate mata sebelah kanan dilakukan. acik masuk dewan bedah pukul 11.15 dan keluar pukul 0215 ..3jam acik didalam dewan bedah . dan alhamdulillah pembedahan berjaya kurangkan tekanan mata acik. tapi menjadi masalah bagi mata yang satu lagi kerana ubat dah tak boleh makan takut efect yang operate jadi nak tak nak doktor akan buat lagi dalam maasa terdekat. jangkaan 18hb disember pukul 5pm ..insyaAllah .. semoga Allah memberi ketabahan kepada kita semua dalam menghadapi ujian ini. 
Dari sabtu hingga selasa kami berkampung di a.s, malam pertama kami tidur di masjid .. abg afiq , abg farish dan muhammad. setelah minta izin dengan bilal masjid dia izinkan kami lelapkan mata di masjid tu tapi tak blh juga lelapkan mata sebab ada je orang keluar masuk. malam kedua dan ketiga clong buking Hotel Sri Malaysia dekat dengan Stedium a.s jadi lepak laa kami di hotel tu. tengahri mama yang jaga malam abg afiq temankan aciq.
 malam rabu tinggal mama dan acik je sebab abah balik kulim tengok2 rumah.
 

 pagi 16hb
 pukul 7pm
 selesai operation kul 2.20pm 


 atas katil untuk ditolak ke dewan bedah pukul 11.00 pagi
 doktor cek mata sebelum operation pagi 15hb
 baru cek in wad .. duk dalam bilik 4 katil

My Famely At KULIM lagi

datang lawat acik ayuni yang sakit ..

 gambar Bonda takde


 Char Keaw Teaw taman anggerik




Sahabat Sabah Datang Bertamu

Terima kasih Ustaz KHairuddin bin abd khalid atas kunjungan. tahun masih lagi tak sempat jumpa tahun sudah pun tak jumpa pasal balik kampung main banjir. tahun ni pasal aku ada kursus untuk lesen PSV. Apa-apa pun terima kasih sudi datang ke teratap aku.



Kursus Dan Exam PSV E-Hailing

rasa berat sikit dalam ekonomi rumahtangga .. hehehe .. jadi setelah fikir kiri kanan atas dan bawah aku perlu buat satu lagi kerja agar anak-anak tidak terbeban dengan perbelanjaan .. terutama along dan abang adib yang selalu kekeringan. abah minta maaf tak mampu bagi lebih. Tanggal 03122019 (selasa) aku ambil kursus PSV selama 6jam setelah habis kursus baru lah boleh menduduki ujian atau test atau exam. kena tunggu lagi seminggu jadi hari rabu minggu berikutnya aku sekali lagi ke IDI seberang jaya untuk ambil ujian PSV ..perlu lulus 42/60 dan keputusan 56/60 ... alhamdulillah dengan keputusan ini aku dah boleh buat lesen PSV untuk dibenarkan bawa GRAB



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails