Tuesday, June 16, 2020

CERITA KEHIDUPAN

Entah apa yang aku akan taip .. entah apa yang aku story kan entah apa yang bermain dalam kehidupan aku dengan keluarga ku ini .. dengan isteri dengan anak7 dengan ibubapa aku dengan keluarga besar aku dengan ipar duai aku dengan dosa aku dengan rahsia aku. Kadang-kadang letih untuk aku fikir semua tu, lebih baik aku hidup dengan seadanya dan doa dengan Allah atas ujian yang aku lalui sepanjang PKP ini dari bulan Mac hingga hari ini 16 jun 2020 .. pelbagai ujian yang perlu aku lalui dengan isteri yang (.....) dengan anak yang makin meningkat remaja, hinggakan aku terpaksa jual motor kesayangan ku LC 135 V1 (tapi tak terjual lagi ...hehehe). Namun kehidupan ini perlu diteruskan  walau apa sekali pun terjadi dan selagi nyawa dikandung badan. Takut untuk mati makin terasa, dengan dosa2 yang mengunung dengan iman senipis bawang .. adooii risau dengan kehidupan ini. 
   Aku selalu mengintai kebaikan yang mampu aku buat dan mampu kau terjemahkan agar dengan sedikit kebaikan ini aku mampu menambah berat timbangan diakhirat nanti . Selalu dipesan kepada anak7 agar selalu berbuat kebaikan walau sekecil mana sekali pun dan kebaikan yang dibuat perlulah di sembunyikan kepada sesiapa saje.
   Terlalu lama tinggalkan blog ini entah dimana nak mula dulu, takpe lah aku story kan mana yang terlintas dalam otak aku. start menGRAB selepas sebulan gantung kunci dan dalam menGRAB ada 2 story besar yang sukar untuk aku lupa. Pertama orang tua yang berjalan dengan menyandang beg pack .. aku tegur dan hantar ke KTM Tasek Gelugor dia kata nak balik Arau Perlis, setelah hantar aku OTW ke kulim masuk je kawasan kulim job masuk tambang rm540 terus terlintas kat pakcik tu. aku ambik job tu terus gerak ke klang dan satu pun takde roadblock sedangkan itu PKP pertama yang sangat ketat peraturannya tapi dengan izin ALLAH senang je terus ke klang. Aku hantar lelaki indonesia .
  Story kedua ialah cerita abg KRI dengan kehidupan dia bersama keluarga kecilnya, orang baling anak 4 orang hidup sangat2 susah, sebak aku tengok keadaan dia tapi orang yang rajin berusaha walau macam mana sekali pun keadaan untuk anak4 dan isteri. tinggal di kawasan kelapa sawit tidak ada sesiapa hanya dia dan keluarganya tanpa kenderaan untuk bergerak .. Subhanallah .. hanya doa dan sedikit pertolongan yang mampu aku berikan. 
   Cerita Ayahnda ku yang makin berusia namun ayahnda perlu kuat dalam meneruskan kehidupan ini lah hiro keluarga kami sebelum subuh dah keluar rumah mencari rezeki untuk kami 10 beradik dan sekarang masa anak10 yang menjaga nya.  PM telah umum kan 10hb jun dah boleh rentas negeri dan aku tak tunggu lagi tanya sapa nak ikut aku balik kampung untuk mencari keberkatan dan eredhaan ibubapa, cuma anaknda FARISH je yang nak ikut katanya takde sapa yang temankan abah. Di kampung ada seorang insan yang selalu membawa syurga ku iaitu ibu ku dan aku perlu selalu melihat syurga ku, dengan hanya melihat wajahnya saje aku memperolehi keberkatan dalam hidup ini, itu kata2 Rasulullah saw. Aku Pulang hanya 3 hari untuk menceriakan ayah dan ibu ku .. dengan mengembirakan mereka dengan memenuhi apa sekali permintaan mereka.
   Sudah 16 hari abang afiq tidak bertegur dengan abah tapi doa dari abah untuk abang afiq tetap tidak putus setiap hari dan insyaAllah akan abah doakan untuk anak7 abah setiap hari agar cemerlang dunia dan akhirat, lebih2 lagi jangan lupa doakan abah dan mama jika kami sudah tiada.
  Isteriku tetap didoakan setiap hari dan doa untuknya agar Allah selalu menyayangi nye seperti mana dia menyayangi anak7 ku ... terima kasih isteriku sudi hadir dalam hidupku dan memberi zuriat kepada ku .. dengan penat lelah yang hanya engkau saje yang tahu dan dengan kerenah aku yang netah apap-apa ini engkau tetap sabar tapi kesabar engkau ada had nya .. maaf kan aku.

Saturday, April 04, 2020

COVID 19

Satu dunia dalam perintah darurat, bermula dari tempat bernama WUHAN CHINA hinggalah merebak keseluruh dunia. awalnya dikenali Corona Virus dan last sekali jadi COVID 19 memandangkan ia lahir pada hujung tahun 2019.puluhan ribu meninggal ratusan ribu positif COVID 19. hampir seluruh dunia lumpuh dari segi ekonomi. semua orang takut untuk lakukan aktiviti yang melibatkan tempat orang ramai, termasuk aku stop terus buat GRAB memandangkan virus ni masing2 tak tahu dari mana dia datang kepada siapa dia pergi dimana ia berada semuanya tak tahu. jadi aku ambik keputusan stop sementara untuk buat GRAB jika semua dah kembali normal baru lah aku ON balik. Datangnya dari Allah hilangnya Kerana Allah .. ada banyak hikmah dari musibah COVID 19 ini. kelab2, casino semua tutup tempat2 maksiat semua tutup.

letih aku nak taip kalau nak cerita pasal COVID ni .... panjang ceritanya

NEW COMER IN MY FAMELY (21MAC2020)

Rezeki lagi tahun 2020 bila ada lagi new comer dalam famely NUR ISHQI ILLIYIIN BINTI AZZIHAN 21MAC2020. masa ni juga MALAYSIA telah berada didalam Kawalan Pergerakan semua kedai tutup ... semua sekolah tutup semua aktiviti tidak dibenarkan kecuali kedai makan dan kedai keperluan harian. hampir sebulan sekatan ini berjalan jadi abah ambil peluang untuk jaga mama dan baby dalam pantang. ALHAMDULILLAH.
 BULAN SEPT 2019

 DAH DIRUMAH

 21 MAC 2020 .. MAMA DI TOLAK KE BILIK OPERATION 

 DI TAHAN DI WAD 12 (LEBIH BERAT 4.13)

SK TERAP AKU DATANNGGGG 2020

Ingatkan aku pacak di SK Dato mau 5 6 tahun baru dapat pindah namun apakan daya rezeki aku masih lagi ada di bumi kulim. Tengah2 apatyok duk atur mana yang patut di sk dato aku dapat memo perlu bergerak ke SK Terap pada 26hb Jan 2020. Jadi rezeki aku dapat lagi penambahan elaun 100 .. alhamdulillah. SK Terap jarak dengan sk dato lebih kurang 15minit perjalanan jadi maknanya aku jimat 15minit dari segi masa dan tenaga. SK Terap bagi aku lebih selesa dan lebih harmoni, semua sekolah yang aku jejaki semuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jadi 2020 merupakan 1 lagi kehidupan baru bagi aku.
 ni la anak2 didik ku di SK Terap bersama guru2 dan PPM
suriyaty dan rodiah serta izzati

Friday, January 03, 2020

Bermula Lah Sebagai Pemandu GRAB

Hari ni dapat msg dalam pukul 5.36 petang ..insyaAllah esok aku akan mula job yang pertama sebagai pemandu Grab

Jentera Baru Bezza teTap Berbezza

ALHAMDULILLAH ...21hb Dis p ambik jentera baru ni .. mula2 tu ingat nak warna biru tapi takde stock so kena tunggu bulan 2 tahun 2020, bila balik tanya Mem dia suka warna silver so ambik lah takye pun blh aku buat grab awal. Sebenarnya aku ambik bezza tu pasal nak cari side income untuk tambah pendapatan, aku nak buat grab ni pun pasal adik aku kat johor duk racun dengan income dia duk grab sbelah pagi je dapat rm80 ke atas .. start pukul 8 stop pukul 11, aku kena fikir 2 3 kali untuk ambik jentera baru memandangkan income aku dah senget sangat2. kira kiri kira kanan so aku rasa mampu untuk aku ambik jentera baru. 21hb dis p ambik jentera di tepi CIMB Bank Butterworth.




Paklong And CIK As At Sultanah Bahiyah dan at kulim

28 Dis paklong dan cik as datang hospital untuk tengok acit ayuni . sbelum dia orang ke hospital dia p tengok abang husnul dulu di perlis. 29hb Dis Acit keluar wad dan sekali lagi paklong dan famely datang kulim on the way ke shah alam dan fly ke sabah 31hb.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails