Monday, June 28, 2010

Sibuk...

Sudah 3 hari aku menyibukkan diri dengan blog...tapi bukan blog aku blog kawan ku. Dia buka satu bussines dan dia inginkan kelainan dalam bussines nya so dia minta aku buka 1 blog yang boleh menyenangkannya membuat promosi bussines nye. Setelah 3 hari aku aku buat apa yang patut, minta bahan2 yang sepatutnya akhirnya siap juga blog tu tapi masih dalam pemantauan. Setakat ni aku rasa dalam 75% siap dan akan ku teruskan mana yang patut...selain blog aku juga buka facebook untuknya....dia memang jarang2 mengadap komputer so mana yang aku tahu aku buatlah untuknya.....

Friday, June 25, 2010

Parking ku n my loving fmly

Selalu kat sini bila cuti n free, tempat lain ada gak tapi tak berapa selesa n airnya tak selamat untuk anak6 sebab tu aku selalu datang sini. Kat sini aku lepas je anak6 mandi cuma dia orang jangan hilang dari pandangan je. Dari yang kecik sampai lah yang besar2 semua boleh terjun kat sini. Tak semua yang suka tempat ni cuma aku je kerap kali datang sini ada gak kekawan yang datang tapi tak sekerap aku la...aku pantang je cuti sini dulu aku sampai ngan anak6 lepas tu baru tempat lain...kalau hujung minggu kalau tak sabtu, ahad aku sampai. Itulah fmly day aku kat keningau ni.

'Menu Santai'











Buah Ara

lama dah aku tertanya2 macam buah ara ni macam mana buah dan pokoknya. Pernah gak aku cari kat dalam internet tapi tak berapa pasti dan tak berapa jelas. Rupa2nya pokok dia di tempat yg selalu aku kujungi...BUNSIT...memang tempat yang selalu aku kujungi bila hari cuti, tidak kiralah cuti apa sekalipun ada cuti n ada masa je aku pasti bawa anak2 pg mandi manda kat sini...My loving wif yang perasan aku tak perasan pun walaupun pernah tengok dalam internet..dia yang tunjuk dan dia yang ambil gambar ni...bukan dia yang tak pandai ambil gambar tapi camera ni yang blur....anyway tahu lah aku pokok n buah ara tu macam mana...


Wednesday, June 23, 2010

Cuti yang ku manfaatkan....

Kalau nak di ikutkan rak ni memang besar gila mana2 pintu pun tak leh masuk, pintu belakang ka atau pintu depan memang tak muat punya sebab terlalu besar. Jadi untuk memuatkan nya aku potong la mana yang patut...yang asal tak sempat ambil gambarnya, ini pun yang dah hampir nak siap dan yang siap. Rak ni unty jiran sebelah yang bagi, lama dah dia ofer tapi aku takde masa nak ambil dan masa cuti ni lah aku kerjekan mana yang patut (thanks Unty). Dengan rak ni dapatlah my loving wif letakkan apa yang patut agar dapur nya tak jadi macam kapal pecah.....Alhamdulillah.
Sebelum siap jadi tempat persinggahan 2 camar....antara camar putih yang sempat ku ambil gambarnya....

ni side lain lagi....

ni yang dah siap...side lain nih

My Birthday....35....

Lambat aku masukkan dalam my blog ni sambutan hari lahir ku 12 jun hari tu yg di sediakan oleh.....sapa lagi kalau bukan my loving wif..anak6 yang memeriahkan sambutan ni...Makin hari makin tua dah aku.....anyway be happy hehehe


Hadirin yang hadir masa majlis hari lahir ku....huhuhu
ni yang baru bangkit tidur....sempat bergambar sebelum kek tu kena sembelih oleh ustaz yang di jemput khas..

Tuesday, June 22, 2010

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

SOLAT QASAR

Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

SOLAT JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.

Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

Solat Jamak terbahagi kepada ;

1. JAMAK TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Deman bola.....

Sekarang sedang berlansung FIFA di Afrika Selatan. Masing-masing tidak kira lelaki ataupun perempuan, bujang atau pun dah ada anak pinak masing-masing sibuk bercerita tentang bola. Aku datang sekolah je itu lah isu pertama yang masuk kat cuping telinga aku ni....BOLA....BOLA....BOLA....aku cuba gak untuk meminati bola, nak jadi kaki bola jugak la katakan tapi jiwa aku ni tidak boleh terima...aku cuba lagi tapi aku tak tahu apa yang aku tengok....yang aku tengok orang berebut mengejar bola yang sebiji itu....aku betul-betul takde feel tak tahu nak asuh macam mana lagi jiwa aku ni...jadi aku buat bodoh je lah...mana aku tahu aku menyampuk kalu aku tak tahu aku cakap je tidak tahu...senang....anyway hidup perlu di teruskan walau apa yang terjadi....huhuhu.....SELAMAT MENONTON BOOOOOLLLLLAAAAAA kekawan yang meminati bola....

Monday, June 14, 2010

Ubahsuai....Sikit Je..

Rancangan kami musim cuti pada mulanya ke Tawau...setelah d kira atas bawah kiri dan kanan akhirnya bugetnye tidak mencukupi jadi kami tak kemana lah cuti kali ni cuma ke KK pengubat hati anak6...tanpa di rancang kami buat sikit perubahan kat depan rumah dan hasilnya ni hah kat bawah...







Nak Buang Sayang


Ni la kalau dah sayang nak buang pun susah....dah 2 3 kali aku tengok kerusi tu kat dalam last2 aku ajak anak2 aku angkat kerusi tu bawa keluar masa tu nekad nak buang dah beserabut aku nengoknye..masa kat luar aku belek kiri belek kanan macam rasa aku boleh baiki. Apa lagi dengan jentera yang aku ada aku teroka dan godam apa yang patut maka dalam masa 2 hari siaplah kerusi ni...cantik lah pulak....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails