Macam selalu aktiviti hari raya haji kami sekeluarga adalah menyempurnakan ibadat qurban .. setiap tahun kami sekeluarga qurban sekor lembu, aku dah 2 tahun tak ambik bahagian insyaAllah tahun depan akan di ambil bahagian. semua berkumpul seperti tahun2 sudah alhamdulillah keakraban kami adik beradik diberi kesempurnaan oleh Allah .. alhamdulillah.
Kegembiraan bertukar sedih apabila mendapat perkhabaran kematian sepupu yang dekat anak makcik nah abah lie pada pukul 5.45pm hari raya kedua hari isnin 12hb ogos 2019 .. pagi majlis akiqah wan muhd ammar masa tu abah lie datang bagitau abg simin tak sedarkan diri jam 12mlm dan di bawa ke hospital kelaburan dan pagi tu di bawa ke hospital kota bharu kerana tidak stabil pukul 5.45 dikhabarkan telah tiada .. aku bonda,kakni,abe jali, erie ke hospital KB .. sesampai disana makcik nah and maksu ma yang ada abah lie dalam ICU dgn paksu mi. masa tu dah standby utk bawa masuk van jenazah untuk dibawa pulang, aku sempat angkat tubuhnya untuk dipindah katil. pada mulanya abah nak selesaikan pagi esok sbb nak tunggu kakja dan pijah dari JB balik .. tapi atas kuasa Allah dan dari pandangan yang lain agar disegerakan jadi malam tu pukul 11mlm semuanya selesai. Alhamdulillah. sepatutnya aku dah bertolak balik dah masa tu tapi kudrat tidak mengizinkan jadi keesokkan harinya aku balik kulim.
Alfatihah utk Abe Simin (37thn) strok pendarahan dalam otak
No comments:
Post a Comment