Tuesday, August 20, 2019

Berbengkel laa kita Lama Dah tak berbengkel

BENGKEL KERJA PENINGKATAN PENGGUNAAN BUKU TEKS DI COPTORNE ORKID PULAU PINANG DARI 6HB (SELASA) HINGGA 8HB(KHAMIS) ... lepas tu sambung terus cuti semester ke2 dan sekali dengan raya haji ..
 yang tengah tinggi tu Pn. Hanita Penyelaras Buku Teks KPKP .. laki tu Cgu Hidayat Dari parit buntar, all black syazwani dari perlis, antara wani dan pn. hanita tu kak farida dari sk lunas jaya kulim dan sorang lagi dari langkawi cgu adibatul.


Kembar is coming

SITI HAJAR DAN SITI HAWA
Kehadiranya pada 14 Julai 2019, mulanya aku terkejut sebab aku tak tau Makndak pregnent anak kembar .. orang lain dah tahu aku je yang tak tahu .. dua tiga kali aku tanya dalam group betul ke kembar, bila dapat gambar ni laa baru aku percaya. Call bonda minta penjelasan, bonda cerita laa apa yang patut rupanya dia orang dah tahu cuma aku je tak ambik tahu .. anyway welcome to our big famely





sliding OTW to go back home from school



Wednesday, July 24, 2019

New jentera is CoMing

Tanggungjawab seorang abah terhadap anak6nya agar mereka tidak berada di dalam kesusahan. Along akan masuk sem ii pada bulan 9 nanti so dia perlu menyewa rumah diluar kawasan kampus jadi jentera amat diperlukan agar memudahkan pergerakannya dari luar ke dalam. tanggal 25 Jun 2019 aku rembat 1 jentera yamaha jenama lagenda 115z .. yang penting ada stater takde laa susah along nak start. warna merah plate nombor PLS 1879 ( RXZ kau dulu PCM 1876) hampir kebetulan tapi tak sengaja.

Cerita Raya belUm HabiS

tema raya bagi tahun 2019 ialah KELABU .. so aku satu famely berkelabu mata hitam ku ... 1st time balik dari sabah beraya diperantauan tapi apakan daya, ingatkan panas hingga ke petang rupanya embun dipersimpangan dengan kata lain WAJIB balik kampung sebab semua perantau disini SEMUA pulang kampung beraya bersama sanak saudara tua dan muda miskin dan kaya semua turut bergembira .. eh masuk lirik lagu laa pulakk ... hehehe ... lepas je solat hari raya di masjid taman selesih kami pusing untuk mengembirakan diri dan keluarga, hanya 1 pusingan tanpa singgah untuk beraya sebab semua pulang kampung. Balik laa kami beraya di rumah 156 taman merawan dengan nyenyak sekali..








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails