RumahKu Syurga KeluargaKu yang ni dah kedua .. yang pertama dah ku jual sebab jauh sangat nak urus susah .. rumah pertama duk di Keningau nuh .. hehehe.. keningau sabah bosku.. jual yang kat sabah tu laa aku dapat beli rumah yang kat taman merawan kulim ni ... aku balik dari sabah terus dapat kulim walaupun pada mulanya aku minta sg petani dek kerana harga rumah yang murah kat sg petani tu yang aku isi borang pindah minta sana .. bila dapat surat alhamdulillah dapat kulim .. pada mulanya memang nak minta kulim pun. aku pindah tahun 2014, sebelum pindah lagi aku duk servey harga rumah dalam mudah.com untuk aku beli bila dah pindah ... dalam mudah aku cari semi-d sbb nak anak2 selesa ..yg di keningau rumah teres kesian kat anak6 takde tempat untuk bermain. Rata2 harga second semi-d single storey 250k-270k dan ada juga ustaz bukhari suggest kat aku rumah di taman merawan status banglo belakang surau, siang hari o.k la tapi bila aku pergi tegok sebelah malam takdan buka pintu kereta lagi aku dan wife dah cabut .. punya laa gelap dan seram dengan pokok2 meribun dikelinling dan kawasan tu adalah rumah terbengkalai dah lama. ustaz ghafar zakaria ada juga tunjuk kat aku rumah semi-d yg baru tapi double storey dan aku taknak sbb nanti kalau umur panjang bila tua susah untuk urus atas dan bawah.
Cari punya cari dapat laa 1 rumah single storey semi-d di taman cendana ..rumah biasa je tapi tang tanah tu aku suka sebb luas dapat buat 1 lagi rumah sebelah tu .. semua dokumen owner dah bagi dah setuju dengan harga 200k untuk bayar deposit aku pinjam merata dan minta juga dengan Kak As Paklong ... memang kak As bagi banyak juga laa .. sekali bila dah masuk lawyer semua berubah ..owner call tak angkat msg tak berbalas dan aku dengar dia dah jual kat orang lain dengan harga tinggi .. 3 minggu lepas tu owner call minta maaf tapi my wife dah taknak terima lagi dah kecewa.
Perancangan Allah itu indah cuma kita perlu bersabar je dengan ujian yang Dia turunkan .. dengan berkat bulan puasa 2014, kebetulan ustaz bukhari jatuh longkang so kami geng sekolah melawat dia di taman merawan dan ustaz ghafar ajak aku kerumahnya .. bila masuk kerumahnya memang aku terkejut sebb rumah tinggi nampak luas dan sangat selesa. aku balik rumah ajak my wife ke sg.dua pejabat pemaju dengan bawa duit rm500.00 untuk booking tapi apakan daya tidak diterima. kami perlu sediakan 10% deposit dari harga rumah .. harga rumah 289k so aku kena sediakan 30k untuk buking. kami balik dengan perasaan kecewa dan buka laa mudah.my semula cari yang murah2. yang dikatakan perancangan Allah itu yang terbaik dalam bulan 3 rumah dikeningau terjual dengan harga 215k alhamdulillah walaupun ada rumah yang dah lama ofer untuk jual tapi tak terjual. tanpa tunggu lama aku terus ke tempat pemaju untuk bayar deposit setelah sebulan aku let it go .. masa kami sampai tinggal 2 rumah lagi dan kami ambil 1 dan seminggu kemudian habis terjual yang terakhir tu. eh panjangnya cerita rumahke2 aku ni ... hehehehe.. pemaju bagi tempoh 2tahun untuk disiapkan dan memang ada dalam perjanjian dengan pinjaman kerajaan. dalam tempuh 2 tahun ini lah kami selalu jalan2 bawa anak6 p tegok bakal rumah yang akan diduduki....akhirnya tanggal 22.09 2016 solat hajat telah dibuat untuk merasmikan aku menduduki rumahku syurgaku dengan anak6ku dan aku orang pertama yang masuk rumah dari 6 biji rumah fasa akhir lorong 5/3 tmn merawan.
bulan 4 2014
pandangan depan rumah
tambah dapur
majlis solat hajat masuk rumah
pemandangan dari tingkat atas