Sunday, November 24, 2019

Acik Check In Kali Ke2

Abah usaha mana yang patut dan bawa je kemana tempat untuk rawtan mata acik . Bawa ke baling dengan pakcik yusof (pak ucop). dia guna batu geliga letak dalam mata last2 mata kami anak beranak semua sakit yang teruk .. terutama abang adib kecuali muhammad sorang je yang tak kena sebab dia sorang yang tengok saje masa kami diletak dengan batu geliga tu . abah dapat MC 5hari ngam-ngam cuti sekolah terus. abang adib pun seminggu duk lepak di gambang takleh masuk kelas.
mata bengkak
Bawa lagi batu maung bayan lepas penang dengan pakcik shaari yang ni acik cakap o.k sikit. namun abah akan cari lagi mana-mana yang patut untuk ubatkan mata acik.

Ni kali ke2 acik masuk hospital pada sabtu abah bawa acik ke hospital Sultanah Bahiyah A.S selepas seminggu dibenarkan balik berehat dirumah. Jangkaan esok (Ahad) akan dibuat pembedahan mata agar acik tidak terus bergantung kepada ubat sepenuhnya tapi apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan. Doktor lepaskan acik balik semula memandangkan pembedahan tidak dapat dibuat kerana mata acik sakit. Dari pukul 4petang hingga pukul 11.30 malam kami tunggu untuk discharge gara-gara doktor tak buat report untuk kami dibenarkan discharge. Hari isnin 25hb nov perlu ke a.s lagi untuk buat susulan dan tetapkan tarikh untuk pembedahan. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN NUR AYUNI ILLIYIIN dan SEMBUHKAN MATANYA AGAR DAPAT MELIHAT SEPERTI SEDIA KALA. INSYAALLAH.



Check In A.S tunggu Acik

Hari khamis habis sekolah kami siap untuk ke a.s untuk temankan acik dan mama. Plan nak tidur je mana-mana janji dapat lelapkan mata tapi clong bertegas untuk kami check in mana-mana hotel bajet so aku google la dan dapat la kami check in hotel ni. Anyway terima kasih clong.





Jumpa Clong Di Penang

Habis je sekolah siap-siap untuk ke Penang jumpa dengan clong .. Clong datang servey hotel untuk dia dan group buat bengkel nanti bulan 2/2020. Sampai penang ngam-ngam orang azan maghrib .. naik hotel jumpa clong dan solat sekejap terus keluar p makan. Lepak mamak juga ingatkan kedai biasa-biasa saja. Kami makan di area Hospital Penang. Plan malam tu nak balik terus tapi memandangkan anak-anak lama tak lepak hotel so pagi esoknya dalam pukul 5pagi kami gerak balik kulim. Ingatkan lewat sampai rupanya 45minit je sebab pagi-pagi jalan tak sibut sembat la pergi sekolah.

  









Saturday, November 02, 2019

Anak Abah GlauKoma - Allahuakbar

Glaukoma adalah penyakit genetik kebiasaan terjadi bagi yang berumur 40an keatas tapi lain pulak bagi anak perempuan abah ni baru je umur 14tahun dah ada glaukoma. Sebelum duk mengadu mata kabur ingatkan rabun biasa 2 kali p cek untuk buat spek tapi mata dia normal takde masalah dan hari rabu 30hb okt 2019 paksakan diri untuk bawa dia ke hospital memandangkan dia dah tak tahan. Ke klinik taman selasih dan doktor di sana suruh rujuk kecemasan hospital kulim hitech. Di hospital doktor buat CT SCAN untuk cek sama ada ketubuhan atau tidak masa dr bgtau kemungkinan ketubuhan aku dah terkejut .. bila dah dapat result dr bgtau takde masalh pada otak ...alhamdulillah maknanya pada mata la yang ada masalah. 
Hari dah lewat dah lepas waktu magrib aku bersama anaknda cek mata dia dari pukul 3pm. esok perlu lagi ke hospital kulim appoinment pukul 9 pagi. Mama bawa acik ke hospital keesokan harinya (31/10/19) kerana aku perlu ke tempat kerja. hari tu laa dapat tahu acik ada glaukoma so perlu berada di wad malam tu dan akan di hantar ke Alor Star pukul 7pagi esok (01/11/19). 
Aku dan Muhd farish follow dengan kereta mama dan acik naik ambulan. seharian aku di hospital Alor Star. Kemungkinan  mata acik akan dibedah untuk mengurangkan tekanan bebola mata dan keputusan sama ada bedah atau tidak adalah hari ahad (03/11/19) kerana perlu jumpa pakar glaukoma dahulu dan  sudut pandangan acik sekarang sbelah kanan tinggal lagi 2/10 dan sebelah kiri 6/10. 
pembedahan akan dibuat agar acik tidak berterusan bergantung kepada ubat titik (4 jenis) dan ubat titik perlu dilakukan mengikut masa-masa tertentu jadi rumit sikit so memandangkan umur acik masih lagi muda maka pembedahan tu perlu agar acik tak bergantung kepada ubat. kesian kat anak abah ni perlu lalui ujian ini. Mama yang jaga acik di hospital, kesian kat mama dengan letih pregnent kena pula jaga acik tapi alhamdulillah nurse bagi 1 katil untuk mama berehat. abah perlu balik kulim untuk urus anak3 lain.



 pukul 10.00 malam .. kesian anak-anak baru makan seharian kena tinggal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails