Glaukoma adalah penyakit genetik kebiasaan terjadi bagi yang berumur 40an keatas tapi lain pulak bagi anak perempuan abah ni baru je umur 14tahun dah ada glaukoma. Sebelum duk mengadu mata kabur ingatkan rabun biasa 2 kali p cek untuk buat spek tapi mata dia normal takde masalah dan hari rabu 30hb okt 2019 paksakan diri untuk bawa dia ke hospital memandangkan dia dah tak tahan. Ke klinik taman selasih dan doktor di sana suruh rujuk kecemasan hospital kulim hitech. Di hospital doktor buat CT SCAN untuk cek sama ada ketubuhan atau tidak masa dr bgtau kemungkinan ketubuhan aku dah terkejut .. bila dah dapat result dr bgtau takde masalh pada otak ...alhamdulillah maknanya pada mata la yang ada masalah.
Hari dah lewat dah lepas waktu magrib aku bersama anaknda cek mata dia dari pukul 3pm. esok perlu lagi ke hospital kulim appoinment pukul 9 pagi. Mama bawa acik ke hospital keesokan harinya (31/10/19) kerana aku perlu ke tempat kerja. hari tu laa dapat tahu acik ada glaukoma so perlu berada di wad malam tu dan akan di hantar ke Alor Star pukul 7pagi esok (01/11/19).
Aku dan Muhd farish follow dengan kereta mama dan acik naik ambulan. seharian aku di hospital Alor Star. Kemungkinan mata acik akan dibedah untuk mengurangkan tekanan bebola mata dan keputusan sama ada bedah atau tidak adalah hari ahad (03/11/19) kerana perlu jumpa pakar glaukoma dahulu dan sudut pandangan acik sekarang sbelah kanan tinggal lagi 2/10 dan sebelah kiri 6/10.
pembedahan akan dibuat agar acik tidak berterusan bergantung kepada ubat titik (4 jenis) dan ubat titik perlu dilakukan mengikut masa-masa tertentu jadi rumit sikit so memandangkan umur acik masih lagi muda maka pembedahan tu perlu agar acik tak bergantung kepada ubat. kesian kat anak abah ni perlu lalui ujian ini. Mama yang jaga acik di hospital, kesian kat mama dengan letih pregnent kena pula jaga acik tapi alhamdulillah nurse bagi 1 katil untuk mama berehat. abah perlu balik kulim untuk urus anak3 lain.
pukul 10.00 malam .. kesian anak-anak baru makan seharian kena tinggal.
No comments:
Post a Comment