Sunday, November 24, 2019

Acik Check In Kali Ke2

Abah usaha mana yang patut dan bawa je kemana tempat untuk rawtan mata acik . Bawa ke baling dengan pakcik yusof (pak ucop). dia guna batu geliga letak dalam mata last2 mata kami anak beranak semua sakit yang teruk .. terutama abang adib kecuali muhammad sorang je yang tak kena sebab dia sorang yang tengok saje masa kami diletak dengan batu geliga tu . abah dapat MC 5hari ngam-ngam cuti sekolah terus. abang adib pun seminggu duk lepak di gambang takleh masuk kelas.
mata bengkak
Bawa lagi batu maung bayan lepas penang dengan pakcik shaari yang ni acik cakap o.k sikit. namun abah akan cari lagi mana-mana yang patut untuk ubatkan mata acik.

Ni kali ke2 acik masuk hospital pada sabtu abah bawa acik ke hospital Sultanah Bahiyah A.S selepas seminggu dibenarkan balik berehat dirumah. Jangkaan esok (Ahad) akan dibuat pembedahan mata agar acik tidak terus bergantung kepada ubat sepenuhnya tapi apakan daya kita hanya merancang Allah yang menentukan. Doktor lepaskan acik balik semula memandangkan pembedahan tidak dapat dibuat kerana mata acik sakit. Dari pukul 4petang hingga pukul 11.30 malam kami tunggu untuk discharge gara-gara doktor tak buat report untuk kami dibenarkan discharge. Hari isnin 25hb nov perlu ke a.s lagi untuk buat susulan dan tetapkan tarikh untuk pembedahan. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN NUR AYUNI ILLIYIIN dan SEMBUHKAN MATANYA AGAR DAPAT MELIHAT SEPERTI SEDIA KALA. INSYAALLAH.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails