Sunday, June 01, 2008

MY FIRST JOURNEY IN SIBER

31 Mei (SABTU)
Assalamualaikum. Pagi td terlintas nak cipta satu benda baru dalam hidup dan bleh disimpan hingga bila2. jadi aku buka la blog ni untuk kenangan future aku. Kira masih awal bagi aku walaupun usia ku dah mencecah awal 30an. Kenangan2 yang bakal aku ingat bila aku tua nanti.

Keluarga aku dikira besar la jugak, di sebelah aku sendiri ada 10 adik beradik dan disebelah my loving wife ada 6 adik beradik dan aku sendiri ada 5 anak yang comel2 n cute miut. Aku kahwin awal 20an sebab tu aku dimurahkan rezeki "anak". Kini hidupku berubah setelah mengharungi liku2 hidup yang gentir bersama my loving wife.

Cerita ku bila habis je study kat USM dalam bidang Pengurusan Pemasaran, aku kerja kat restauran pizza as a asst manager, dalam aku belajar aku keje sbg budak diliver kat pizza hut sg 2, penang. habis je kursus aku di hantar ke pizza hut ipoh garden, ipoh. Kerja la aku ngan geng2 yang kurang cerah tu, aku sorang je melayu yang jaga store tu, apa lagi dibuli la aku oleh geng2 nya termasuklah dia punya AM (area manager) pun geng2 dia orang gak. sempat 6 bulan je aku cabut mcm tu je, mana tahan beb kerja mcm babi kene maki dan kene hamun. aku balik kg kejab n aku turun KL ms tu my wife kat sana kerja kat PUTRAJAYA ( itulah dalam hidup dia, dia keje hinggalah sekarang "mungkin lum ada rezeki dia" " baru je lepas MTEST KPLI). Susah2 aku kat sana aku balik penang keje ngan mak angkat aku anak dia ada buat kontrak mesin rumput, cuci sg, trim pokok n so on. Jadi aku join lah ngan dia orang, dapat la 45 hinggit sehari tapi keje mcm tu lah. Antara tu aku dapat juga interview kat Mc Donald tp tak lepas, coz hari last selepas 3 hari training, aku terlekat kat jam so aku sampai lambat. Selama 1 tahun aku ngan mak angkat aku, ayah mentua aku panggil balik dia kata ada keje kat kuala lipis, balik lepak rumah sebulan n go to kuala lipis. Aku ingat keje mcm mn, rupa2nya dia tidak tau keje memang berat, keje driver lori hantu kat lombong emas, kul 6 pagi dah kena ada kat sana, dah 4 org meninggal kena gilis sebelum aku sampai tu. 4 hari di sana aku ke KL semula n cari keje di sana, memang dah kaki keje fast food so aku tak pandai nak cari keje lain. aku keje la kat Kenny Roger Subang as a tukang cuci pinggang tp 3 bulan je lps tu di lantik sebagai asst mngr jugak, Aku Kat kenny rogers selama 9 bulan tak confirm2, mcm2 cerita kat Kenny Rogers ni kenakalan ku dengan keje sebab tu tak confirm. Awal 2003 my wife bersalin anak ke3 aku balik kg n bagitau dia, kalau nak dapat GSTT kena ada pengalaman mengajar jadi bincang punya bincang aku ambil lah guru ganti (guru asal cuti bersalin) kat SK Pdg Jawa aku tinggalkan my wife kat kg ms tu dalam pantang dan aku resign 24 hours notice kat KR, start dari sini lah bermulanya kehidupan aku yang boleh di katakan sengsara seorang graduate. Ya lah guru ganti mana ada gaji every month start bln mac hingga ogos aku keje takde gaji.masa ni aku n wife sewa rumah kat padang jawa. Disini lah bermulanya kehidupan aku ngan fmly ku yang amat2 gentir, Datang adik aku nangis2, datang adik n kakak ipar aku nangis, coz kami hidup betul2 teruk kesusahan yang ketara. Ms ni la kereta aku nak kena tarik so htr balik kg n ms ni juga pakcik tuan rumah halau aku coz tak bayar sewa 6 bulan. Aku fikir masa ni perlu sesuatu yang boleh menampung hidup aku dan keluarga ku jadi untuk keluarga, aku kena keje so aku keje lah as a cuci pinggan lagi kat TCRS (The Chic Rice Shop) Shah Alam. Pagi sekolah n petang kul 6 jalan g part time, kereta kat kg jadi g keje member2 yang hantar aku ke tempat kerja, letih jugak la. Hingga la aku habis guru ganti aku di angkat as a supervisor kat One Utama Damansara,aku balik 1 minggu sekali bila aku cuti, dari padg jawa ke OU aku naik 3 bas baru sampai. itulah kalau kita keje ngan ikhlas, jujur n sabar rezeki datang berturut2. 3 bulan aku dinaikkan jadi asst mnger, 3 bulan lepas tu jadi mnger, 3 bulan lepas tu aku dilantik sebagai store manager walaupun tidak ada pengalaman, owner kenal aku, bos2 pun kenal aku, dalam TCRS ni lah juga aku merata dihantar start dengan 1 UTAMA-Times Square(tugas aku yang paling teruk, sale sampai 16 ribu 1 hari) balik semula ke 1 UTAMA, kemudian dihantar ke Outlet Cheras dari sini ke Klang, balik semula ke Cheras and ke Puchong jadi Store Manager(aku cabut 3 hari coz tak tahan dengan dia punya pressure, di pujuk oleh bos)masuk balik dihantar ke tempat asal aku iaitu Shah Alam(ini outlet last aku dengan TCRS) aku ingat ini lah rezeki aku n keluarga aku, tp Allah lebih mengetahui apa yang terjadi, akhir 2004 aku dapat surat tawaran ke KPLI di Cheras. AKU BETUL2 BERSYUKUR YANG TAK TERHINGGA. Start 2005 aku kat Maktab Cheras dan posting ke sabah 2006. Kini dah 3 tahun aku kat sabah dengan keluarga tersayang, aku juga dah ada rumah sendiri tp loan dengan bank la, anak dah lima n DAG 3739 aku yang comel tu pun ada kat sini dan memang aku takan jualnya, boleh dikatakan sekarang aku beryukur alhamdulillah dengan kehidupan sekarang. wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails