Tuesday, September 28, 2010

Perasaan.......

Tahun ini aku rasa sudah sampai masanya untuk aku mencari satu kelainan...maksud aku dah lama aku kat sekolah pekan keningau ni so rasa ingin mencari pengalaman di sekolah lain. Terlintas juga di hati ini untuk posting terus balik ke semenanjung tapi memandangkan beberapa permasalahan yang perlu aku hadapi jadi aku perlu 'hold' dulu hasrat aku itu. Kebetulan kementerian membekukan buat sementara waktu elaun perpindahan jadi guru-guru luar kawasan perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri jika nak pindah. Ini lah nasib perantau...kalau perantau di tanah sendiri takpe lagi bila-bila boleh balik, tapi ni perantau yang berada di seberang laut perlu naik belon untuk pulang kampung ....sudah timbul perasaan jauh dari keluarga di kampung....apa-apapun anak2 abah yang 6 tu dan isteri abah yang 1 ni lah yang menjadi penyeri dikala sunyi. Kehidupan perlu di teruskan walau apa pun yang terjadi, jadi sekarang aku perlu tunggu berita dari kementerian sebelum aku bertindak. PERASAAN INGIN PINDAH BALIK SEMENANJUNG DAH MELUAK2 dah ni.................sabar...sabar....sabar...zihan....huhuhuu

Aktiviti sekolah lepas UPSR....

Habis je UPSR (tahun ni aku jaga kat Sk Sinaron tengah 124km dari keningau) hari jumaat sebelah petang pulak sambung dengan perhemahan unit beruniform. Lagi satu hari kepenatan. Belum lagi habis penat ke SK Sinaron di tambah pula dengan perkhemahan ini. Memang cukup meletihkan....
malam kebudayaan ...my loving famely semua kat sekolah

my 1st daugther

masa pendaftaran peserta

Sunday, September 19, 2010

Lepas Raya

Selepas 1 minggu menyambut syawal aku rasa semacam je dengan struktur fizikal aku nih....lain benor rasanya. Perasaan aku menyatakan perut maju sikit kedepan dan aku jalan pun lain macam je rasa pipi paha dah bertemu. Zaku belum lagi catat tahap kilogram aku berapa setakat ni kalau dulu 83 sekarang aku tak tahu lah ni.....Mana tidak selama mana cuti selama tu lah ada je "open house" ...bertandang sana bertandang sini....makan sana makan sini...sana laksa penang...sini satay...sana nasi briani.....sini nasi minyak...sana lagi roti jala...hari ini 5 rumah esok 3 rumah lusa tamabah lag 6 rumah berikutnya berumah-rumah...tak makan diajak makan so nak ambil hati tuan rumah makanlah mana yang patut. Mula nak makan sikit tapi bila rasanya menyentuh kalbu tambah lagi...samalah dengan rumah satu lagi tak makan kan tuan rumah yang suruh dan jemput makan....makan lagi...itulah hari2 aku bila syawal menjelma di perantauan ni.....Kalau di kampung lepas solat aidilfitri terus ke rumah pakcik-makcikkemudian balik rumah lepak depan televisyen tengok mana yang yang patut...sekarang aku perlu fikirkan sesuatu yang mampu mengubah struktur badan aku yang agak-agak comel ni.....

Thursday, September 16, 2010

Open House 2010

Tahun 2009 kami tak sempat buat open house so tahun ni kami cari ruang yang sesuai untuk menjayakannye. Tanggal 3 syawal dengan berbekalkan menu nasi ayam hainan kami buka pintu rumah untuk tetamu beraya...menu nasi ayam ni di putuskan setelah mesyuarat meja bulat dibuat ...maklum lah aku ni kan bekas maneger The Chic Rice Shop so apa gunanya yang belajar tak di praktikan..Alhamdulillah ramai juga la yang datang ada yang datang makan banyak...ada yang datang makan sikit....ada yang datang tak makan dan ada juga yang tak datang lansung...hehehehe,.....macam mana dia orang nak datang aku yang hilang awal kebetulan raya ke 3 ni ramai pulak yang open so aku ambil kesempatan dalam 2jam meneroka kawasan orang. Masa aku keluar tu dah pukul 4ptg....anyway malam aku sambung balik buka sampai kul 10. Alhamdulillah suasana berjalan lancar dan meriah dengan gelagat rakan n anak-anak cilik....dan aku ucapkan terima kasih bebanyak kepada yang sudi singgah kat rumah aku...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....

Raya 2010

Ramadhan telah berlalu kini Syawal pula menjelma....ku susun 10 jari memohon keampunan diatas salah silap ku pada semua....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010....masuk tahun dah 5 tahun aku n loving fmly beraya kat keningau....mohon maaf dengan ibubapa atas angin je....huhuhuhuhuhu......tapi yang best raya kat perantauan ni satu minggu belum tentu habis open house hari-hari perut penuh kalau tak makan di paksa makan so nak tak nak dengan relanye i makan....hehehhe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails