Sunday, September 19, 2010

Lepas Raya

Selepas 1 minggu menyambut syawal aku rasa semacam je dengan struktur fizikal aku nih....lain benor rasanya. Perasaan aku menyatakan perut maju sikit kedepan dan aku jalan pun lain macam je rasa pipi paha dah bertemu. Zaku belum lagi catat tahap kilogram aku berapa setakat ni kalau dulu 83 sekarang aku tak tahu lah ni.....Mana tidak selama mana cuti selama tu lah ada je "open house" ...bertandang sana bertandang sini....makan sana makan sini...sana laksa penang...sini satay...sana nasi briani.....sini nasi minyak...sana lagi roti jala...hari ini 5 rumah esok 3 rumah lusa tamabah lag 6 rumah berikutnya berumah-rumah...tak makan diajak makan so nak ambil hati tuan rumah makanlah mana yang patut. Mula nak makan sikit tapi bila rasanya menyentuh kalbu tambah lagi...samalah dengan rumah satu lagi tak makan kan tuan rumah yang suruh dan jemput makan....makan lagi...itulah hari2 aku bila syawal menjelma di perantauan ni.....Kalau di kampung lepas solat aidilfitri terus ke rumah pakcik-makcikkemudian balik rumah lepak depan televisyen tengok mana yang yang patut...sekarang aku perlu fikirkan sesuatu yang mampu mengubah struktur badan aku yang agak-agak comel ni.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails