Monday, December 31, 2018

SORANG 18 NOV SORANG 10 DIS 2018

 MARIAM IRDINA BINTI AMZAM


WAN MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD AZRI

CUTI-CUTI HUJUNG TAHUN 2018

Esok dah mula sekolah dan hampir sebulah setengah sekolah cuti jadi aku dan keluarga dengan aktiviti yang tidak dirancang. Hanya perjalanan cuti hujung tahun 2018 sedikit lain, kehidupan aku dan keluarga boleh dikatakan merata-rata tempat ... aku, farish dan muhammad berada di kampung selama 3 minggu .. farish ke kem tahfiz dan muhammad masuk jawi.
  Mama, ayuni di kulim tunggu abang adib exam SPM, afiq pulak ke UPM Serdang Kem Permata Pintar selama 3 minggu. Along di UNISZA takde cuti. tu laa kehidupan kami di hujung tahun 2018.

 on the way balik kampung


 naik bas perdana duk depan sekali .. 



 lepas hantar abah dan anak3 ... mama ke tempat kenduri Cikri dan Cik diana di Dewan Kolej MARA




 hari pertama di KEM Tahfiz

 28hb kena potong .. tapi stady anak abah yang ni sorang .. relaks je  

 sup belut ni boh .. orang sunat nak makan ... mak long yang masak

 Kem Permata Pintar .. 3 Minggu

Ni Dah Balik dah

Monday, November 26, 2018

MuhaMMad FaRisH Bin Azzihan di Kem Tahfis Masjid Assomadi Geting

25hb nov adalah pendaftaran bagi muhammad farish dalam kem tahfiz selama 3 minggu. jika dia o.k dan ingin teruskan so aku akan tinggalkan dia untuk buat sepenuh masa tahfiz dan tidak akan sekolah perdana lagi. Abah harap anak abah mampu meneruskan demi kebaikan kita semua didunia dan juga di akhirat kelak. Abah dan mama tidak apa yang perlu hanya doa dari anak6 agar abah dan mama terus ke syurga dengan doa anak6. InsyaAllah dengan izinNya anak6 abah dapat melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan paling penting untuk abah dan mama.
 comel anak abah .... hehehehe ..sejuk mata memandang

eh jangan makan banyak ... errkk errrk

Majlis Perkahwinan Keluarga Cikri dan Kak Diana

Kenduri ni 24hb sabtu sama tarikh dengan aku naik bas pulang ke kampung so my loving wife and acik je yang wakil kami. Bas kami gerak pukul 10.45 pagi , bas abg afiq pula gerak pukul 11.45 pagi so lepas je kami gerak mama terus ke tempat kenduri, sempat pickup abg adib di MRSM sama-sama ke tempat kenduri.





Moh KiTa BaLik KamPung

Cuti sekolah dah mula start, so aku planning nak hantar anaknda yang nombor 5 ke sekolah tahfiz sepertimana yang diminta-minta olehnya .. sapa lagi kalau bukan Muhammad Farish .. dan dalam masa yang sama nak masuk jawi anaknda yang terakhir aku ... nur muhammad lah gerangannya. 
   Awal cuti sekolah ni masing-masing perlu berpecah untuk melaksanakan tanggungjawab masing2 ... along di Gong Badak ... Abang Adib exam SPM sampai 6hb ...abg afiq ke kem permata pintar 3 minggu 1hb daftar masuk tapi ke k.l sekali dengan tarikh aku 24hb(Sabtu) ... acik dengan mama tinggal dikulim temankan mama .. mama tunggu abg adib.
  Dah habis fikir so aku buat keputusan balik dengan bas memandangkan Kancil tak berapa sihat utk aku tinggalkan untuk mama.

 tunggu sampai bas abah nga farish nga muham jalan ..



 bas 2 tingkat ...duk tingkat atas depannnnn sekali


Friday, November 23, 2018

Malam Mahabbah Rasul - Nabi Kita Payung Kita

Surau Al-Khausar Taman Seri Petaling telah mengadakan program (rujuk diatas malas aku nak tulis), Kerjasama sekolah aku, syarikat RNZ dan Majlis Pembandaran Kulim. Sekolah aku dipilih pasal pengerusi surau Yang Dipertua PIBG sekolah aku, so aku dengan ustaz bukhari dengan ustaz ghafar ke sana atas tiket AJK kutip derma untuk tabung PIBG. Guna bekas tapperware bulat panggil murid2 SKAM 10 orang dan dia orang ni yang akan bergerak termasuklah anak aku sekali .. NUR MUHAMMAD BIN AZZIHAN dan MUHAMMAD FARISH BIN AZZIHAN. tapi yang pergi malam tu MUHAMMAD AFIQ AKMAL BIN AZZIHAN dan SALMAN HADI BIN AHMAD NAZIM .. eh tiba2 ada anak NAZIM ni ... HADI ni belajar di Alor Setar dan mak ayah dia kat sabah so cuti je dia datang sini lepak2 sambil tu aku ambil peluang belajar mengaji dengan dia ... dia ni budak hafiz dan sambung belajar buat alim.



 tunggu Q utk saguhati ..

masa proses mengira
Ni gambar hantar HADI ke Airport Penang dia nak balik SABAH, so ajar dia macam mana nak travel sendiri dr AS ke Airport penang

MaJLis JasaMu DiKenAnG Sir oZeLAn Dan Cikgu UMI KalSom

Last hari persekolahan dan last juga bagi 2 orang insan pendidikan yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama puluhan tahun iaitu sir OZELAN BIN OMAR dan cikgu UMI KALSOM BINTI ABU BAKAR. Mereka ber2 telah diraikan dalam satu majlis. Jumpa hilang silih berganti dalam persahabatan dan persahabatan ini berkekalan hingga ke JANNAH INSYAALLAH. Nak cerita sikit pasal SIR OZELAN ni, dia bagi aku kiranya mat special perwatakannya hampir sama dengan perwatakan ayahnda aku RAMLI @ ISMAIL BIN SENIK. setiap gerak geri tutur kata seakan-akan sama sebab tu aku rapat dengan dia. Cikgu UMI KALSOM pendiam orangnya tapi ramah bila dia bersuara, semenjak aku di PPKI lagi jauh lah aku dengan mereka di arus perdana. apa-apa pun gambar berbicara .....






pelukan terakhir sebagai pendidik 






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails