Hidup baru dan mungkin cerita baru dalam hidup aku dan keluarga ini.Pagi tadi sebelum sahur waktu tahjud dalam pukul 3.40 pagi ..fon aku berbunyi dengan nada dering 'cerita gila-'gila remaja' dan apa yang terpandang sanggap teruja bagi aku yang selalu memnunggu sama ada mesage atau call , rupa-rupanya yang aku dapat adalah call. Call yang aku dapat tu dari isteri tersayang dan permohonan maaf yang keluar dari mulutnya .. aku selalu maafkan nya dan selalu menyayanginya. Namun hidup ini masih dalam persimpangan sama ada jodoh kami kekal atau tidak, kami perlu ke mahkamah pada 26hb untuk mengesahkan jodoh kami samada masih kekal atau sebaliknya. Aku sangat-sangat bersyukur dengan ujian yang Allah berikan ini dan aku sangat-sangat bersyukur atas segalanya yang Allah berikan keatas aku dan keluarga ku ini. Segala yang diputuskan oleh mahkamah nanti aku terima dengan redha dan sekurang-kurangnya my loving wife masih lagi dalam linkungan anak6 walau aku takde dah jodoh. Alhamdulillah Ya Allah. Dia minta untuk balik ke kulim dan aku dengan girang minta dia balik secepat mungkin untuk baiki balik emosi anak6 ni .. aku hidup untuk anak6 ini dan aku bertahan demi anak6 ini. Begitu perit ujian ini tapi lagi perit diakhirat nanti, aku sendiri pun tidak tahu kehidupan aku nanti disana macam mana dan aku selalu memohon kepada Illahi agar lepaskan lah aku dari seksa-seksa dari dosa-dosa aku dan aku akan selalu menjaga tingkah laku aku agar tidak tejerumus kedalam kacah dosa lagi .. SUBHANALLAH ... ALHAMDULILLAH ... ALLAHUAKBAR .. kerana Allah aku hidup dan kerana Allah juga aku mati ... Ya Allah ampuni dosa-dosa aku, dosa-dosa ibubapaku ..dosa-dosa isteriku, dosa-dosa anak6 ku dan dosa-dosa sekelian muslimin dan muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. wassalam
No comments:
Post a Comment