Tuesday, June 04, 2019

AlHAmdUliLLah ESok Raya 2019

Aku tak tau orang lain macam mana keadaan sambutan raya dia orang kalau ikutkan logik aku dia orang beraya dengan meriah laa .. tapi aku dan keluarga kecil ku ini hanya beraya di KULIM sahaja dan pertama kali kami tidak pulang ke kampung setelah pulang dari sabah 2014 dan  memandangkan suasana mood raya masih lagi pada tahap terpendam. 11hb aku perlu sekali lagi ke Kelantan untuk selesaikan kes yang tertangguh pada 26hb mei lepas jadi aku ambil keputusan untuk beraya di perantauan je kat kulim dengan keluarga kecik ku ini. Adakah ini raya terakhir bagi aku dengan my wife????  aku pun tak tahu apa kesudahan episod aku dengan dia yang pasti 12hb jun nnt akan ketahuan perjalanan hidup kami. Aku masih lagi mengharapkan yang terbaik untuk keluarga ini sempena sambutan hari kelahiran ku yang ke 44 nanti sebagai hadiah birthday aku. Demi anak6 aku tak ingin sesuatu yang negatif berlaku dalam keluarga ini tapi apakan daya Allah menguji setiap hambanya dan aku redha dengan setiap apa yang berlaku walaupun perit bagi aku. Aku memohon sangat2 dengan Allah agar kesejahteraan keluarga ku ini kembali seperti sedia kala.. InsyaAllah. Kalau ikutkan dia memang dia dah tak ingin lagi berada disampingku atas alasan  dia tidak bahagia dan benci dengan aku dan keluargaku .. itu dari perasaan dia tapi aku masih lagi pertahankan hubungan ni walau apa yang terjadi. Aku dah call bonda dengan alasan perbelanjaan yang membataskan segalanya memandangkan aku pun perlu hantar abang adib ke UIAM kuantan untuk sambung ASASI SAINS KOMPUTER pada 15hb nanti. Raya tetap Raya walau dimana berada .. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Image result for KAD RAYA 2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails