Peluang ke2, itu yang mampu ungkapkan selepas sesi mengadap hakim tepat jam 1045pagi .. seperti langsai hutang yang tak tkira nilainya. Itu lah yang dapat di gambarkan apabila aku dan dia masih lagi tetap sah. Selama kurang 2hari 4bulan krisis yang sukar di gambarkan peritnya bagi aku. Kehidupan aku selama 4 bulan seperti tidak berpijak dibumi yang nyata hanya jasad saja yang ada rohnya selalu melayan entah kemana-mana. Ini lah ujian yang allah turun kan kepada hambanya yang selalu lalai dengan nikmat keselesaan yang diberikan selama ini. Nikmat yang diberikan seperti endah tak endah saja dibuatnya, seperti Allah tu tak tau kehidupan yang telah dilalui oleh insan ini. Aku sangat bersyukur dengan ujian yang Allah berikan kepada hamba ini sangat-sangat bersyukur. Aku sedar apa yang telah dilakukan sangat-sangat merosakan jiwa aku. apa-apa pun Alhamdulillah.
Monday, June 24, 2019
Friday, June 21, 2019
Jamuan Perpisahan aku & geng sekali dengan sambutan raya SKAM
20hb pukul 1.30petang ... jamuan perpisahan dan sambutan raya SKAM .. hadiah perpisahan samping warna hijau tapi bukan samping hipster ... hehehe.... malas nak tulis panjang2 ..
AKU..ustz Jaafar Ibrahim.. Pn. Rohaizah Marjab... pn Juliana Md Akhir ... Pn Sapinah ... Pn Juriah Wati
AKU..ustz Jaafar Ibrahim.. Pn. Rohaizah Marjab... pn Juliana Md Akhir ... Pn Sapinah ... Pn Juriah Wati
Hilang Lagi Permata Hati Dari Pandangan 15hb jun 2019
Hari ni 15hb jun kami sekeluarga ke Gambang Kuantan untuk daftar abang adib di UIAM dalam bidang asasi sains komputer. Dari kulim 11hb petang dan sampai kat kampung dlam pukul 10 malam. esoknya 12hb ke mahkamah kuala krai ditangguhkan lagi ke 23hb kerana hakim cuti kecemasan.
sebelum hantar abang 15hb kami duk beraya dikampung memandangkan raya aritu kami tak balik. Kami bertolak dari kampung 14hb petang menuju Setiu rumah adinda Aqid yang bertugas di PSTL Setiu, jadi takde laa aku dan famely letih untuk kekuantan. Dalam perancangan pukul 6pagi gerak dari setiu memandangkan semua keletihan jadi lambat la bangkit dan lambat bersiap so kami bertolak pukul 7pagi. Sampai di Gambang dalam 3jam ..pukul 10 la kami sampai. Pelajar semua 3064 orang, memang ramai ibubapa yang hadir masa sesi pendaftaran.
Selesai pendaftaran dan bawa barang ke bilik abang lepak dulu dikantin sebelum benrangkat pulang. Bertolak dari gambang pukul 12.30 kot sampai rumah kulim dalam pukul 8 malam. standby untuk sekolah esoknya. (apa yg aku tulis pun tau .. macam tak best je .. hehehe)
Tuesday, June 04, 2019
AlHAmdUliLLah ESok Raya 2019
Aku tak tau orang lain macam mana keadaan sambutan raya dia orang kalau ikutkan logik aku dia orang beraya dengan meriah laa .. tapi aku dan keluarga kecil ku ini hanya beraya di KULIM sahaja dan pertama kali kami tidak pulang ke kampung setelah pulang dari sabah 2014 dan memandangkan suasana mood raya masih lagi pada tahap terpendam. 11hb aku perlu sekali lagi ke Kelantan untuk selesaikan kes yang tertangguh pada 26hb mei lepas jadi aku ambil keputusan untuk beraya di perantauan je kat kulim dengan keluarga kecik ku ini. Adakah ini raya terakhir bagi aku dengan my wife???? aku pun tak tahu apa kesudahan episod aku dengan dia yang pasti 12hb jun nnt akan ketahuan perjalanan hidup kami. Aku masih lagi mengharapkan yang terbaik untuk keluarga ini sempena sambutan hari kelahiran ku yang ke 44 nanti sebagai hadiah birthday aku. Demi anak6 aku tak ingin sesuatu yang negatif berlaku dalam keluarga ini tapi apakan daya Allah menguji setiap hambanya dan aku redha dengan setiap apa yang berlaku walaupun perit bagi aku. Aku memohon sangat2 dengan Allah agar kesejahteraan keluarga ku ini kembali seperti sedia kala.. InsyaAllah. Kalau ikutkan dia memang dia dah tak ingin lagi berada disampingku atas alasan dia tidak bahagia dan benci dengan aku dan keluargaku .. itu dari perasaan dia tapi aku masih lagi pertahankan hubungan ni walau apa yang terjadi. Aku dah call bonda dengan alasan perbelanjaan yang membataskan segalanya memandangkan aku pun perlu hantar abang adib ke UIAM kuantan untuk sambung ASASI SAINS KOMPUTER pada 15hb nanti. Raya tetap Raya walau dimana berada .. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Subscribe to:
Posts (Atom)