Wednesday, August 21, 2024

5HB OGOS ADA APA ABG FARISH

 Alhamdulillah apa yang diidamkan menjadi kenyataan untuk sambung belajar dalam bidang yang diminati, dengan semanagat wajar maka hari daftar pun tiba .. Daftar diri di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam .. dekat je 20 minit dari rumah. Abah tengok abg sangat bersemangat dan abah doakan yang terbaik untuk anak7 abah.. tak pernah lupa doa kejayaaan dunia akhirat untuk anak7 abah. rela diri tinggal diasrama walau ada pilihan untuk tinggal dirumah .. semua percuma hanya yuran kemasukkan 863.00 itu pun untuk beli peralatan belajar.. asrama percuma .. belajar percuma siap ada elaun bulanan lagi walau tak seberapa.

botak kena bayar rm5

minggu orientasi

5HB OGOS ADA APA ABG AFIQ

 Alhamdulillah anak7 abah makin meningkat dewasa, berjalan atas kaki sendiri namun abah tetap ada dibelakang kalian walau apa pun pandangan kalian terhadap abah. 5HB OGOS dua anak abah beralih ketangga kejayaan dalam kelansungan hidup. 

Alhamdulillah Abg Afiq mula buka restoran atas jenama sendiri FIQ'S CORNER setelah beberapa rintangan yang dilalui sebelum sampai tarikh keramat ini. Berbekalkan menu RESEPI ONLINE maka terhasillah menu utama fiqs corner 1) Char Kuew Teow ..ni pun beberapa kali percubaan dan komen dari rakan2 ..alhamdulillah order kecik tak cukup. Menu 2) Kuew teow Theng ..ni aku baru je dengar tapi ia iras-iras kuew teow sup .. menu 3) Mee Wantan ..ni aku biasa dengar dan makan masa aku kerja TCRS dulu dan Menu last di fiqs corner ialah 4)Nasi Lemak Mama .. memang sedap..dan menu-menu lain yang kecik-kecik..

Restoran tu ada 5 lot yang Ustaz Muhammad PPKI Tunku Malik. Awalnya nak buka kedai gunting tapi ustz tak bagi sebab semua kedai makan takut rambut terbang ke pinggang customer sbb kedai duk tengah jadi nak taknak abg afiq perlu buka kedai makan. Mula aku dah tolak takut takdan nak support tapi dengan semangat abg afiq aku follow je kemahuan dia maka bermulalah hidup baru abg afiq sebagai tokey restoran.. Semoga Allah Permudahkan Abg AFiq 


Monday, June 10, 2024

WARISAN ABAH

 09 JUN 2024 3.09PM seorang lagi warisan abah AHMAD AISY BIN AZZIHAN yang ke8 membuka mata menggenal dunia yang aman damai untuk dilalui sebelum menuju akhirat. Terima kasih ZAINATTUL AMIRA BIN ZAINOL yang berkorban nyawa demi zuriat kita, b mohon maaf jika ada terkasar bahasa yang menyebabkan ibu terguris hati.







ALAHAI ANAK APA YANG ADA DALAM FIKIRAN SEKARANG

 Dalam perangai anak7 inshaAllah aku dapat tahu keadaan macam mana, perangai macam mana dan yang bongsu pun aku tahu perangai dia dan dari segi akademik macam mana. Namun bila dah besar ni aku jadi dah tak tahu apa yang bersarang dalam fikiran dia baru je tingkatan 3 dah taknak sekolah, dah berbuih aku bebel pasal hidup ini keras namun tetap dengan pendirian dia. Dari SMK AIR MERAH tukar pergi SMK TMN SELASIH dan tukat lagi ke SMK LUBUK BUNTAR (ASRAMA) pun masih berperangai sama taknak ke sekolah. Sebelum ni takde yang nak kejutkan dia bangun pagi, memang jenis susah bangun pagi, macam mana nak senang bangun pagi kalau dah tidur pun pukul 4 5 pagi. Aku dah letih bebel, takan nak pukul lagi badan pun dah hampir sama dengan abah, abah mana nak tengok anak dia susah. Usaha yang terbaik untuk dia tapi itu yang dia pilih dah tak boleh cakap apa.InshaAllah ada je nanti rezeki NUR MUHAMMAD BIN AZZIHAN.




PERJALANAN TERHENTI SEORANG SAHABAT

 AZRUL BIN IDRIS.. aka BAM .. apa yang aku nampak bila ingin mohon pindah ke utara takde lain sebab BAM ada di kulim dan BAM lah orang yang awal sampai rumah sewa ku untuk bertandan. Perjalanan hidup kita tidak siapa yang tahu sampai bila, Dari awal perkenalan dengan BAM di USM adalah salah seorang PALAPES DARAT .. berbadan besar dan gempal sangat baik tidak ada riak wajah marahnya hanya senyuman terukir dibibir walau dia sendiri keletihan. Seorang yang selalu menjaga hati orang lain sangat baik .. namun perjlanan hidup BAM terhenti pada pada sabtu 16 March 2024, BAM sebenarnya dah ada kencing manis .. hujung tahun 2023 kena pula minor strok .. alhamdulillah sempat melawat dia. TERIMA KASIH BAM muncul dalam hidup ini. 





TERIMA KASIH AYAH

 19-03-1948 melakar waktu hingga 29-10-2023 masa berjalan melewati batas-batas suka dan duka bersama keluarga tercinta beperwatakan garang, suka melawak pandai menghiburkan, berhemah menjaga keluarga, tak kaya namun tidak juga miskin, alhamdulillah bahagia cara kami dalam keluarga agak besar 10 beradik dan kejayaan aku dan beradik kerana AYAH, terima kasih ayah jaga kami 10 beradik. hanya doa yang akan kami selalu titipkan untuk AYAH disana. Terima kasih AYAH anakmu ini tidak sempat untuk berkhidmat untuk AYAH lebih dari anak9 lain namun g-hair buat yang terbaik untuk AYAH. 



TAKDIR PENENTU

Walau apa sekali pun perancangan manusia ketentuan Ilahi adalah yang terbaik ..setelah perpisahan yang terakhir aku nekad untuk tidak ingin lagi untuk ada pasangan hidup, cukup lah kehidupan aku dengan exwife aku jadi pengajaran. 3 tahun tinggal sebumbung tetapi tidak bertegur sapa hinggalah keputusan perpisahan adalah jalan terbaik dibuat. Apakan daya kenapa aku perlukan dia untuk kelansungan hidup aku walaupun dia bukanlah pandangan mata ku, inikah yang dikatakan jodoh dan jodoh berada ditangan Allah.

Tanggal 25 Febuari 2023 sekali lagi aku di akad dengan orang utara kg terap serdang kedah. ZAINATTUL AMIRA BINTI ZAINOL nama pasangan ku berusia 32 tahun mempunyai 2 orang cahaya mata dari perkhawinan terdahulu ADRIAN (11) ADRIANA (8), keluarga kecil ini telah mengikat hati ku dengan tanpa aku sedar .. hanya 3 bulan pekenalan secara serius walau dia kerja sekali dengan ku namun aku tak menaruh minat sedikit pun walaupun masa tu aku dan exwife dah tak sehaluan, memang aku dah nekad untuk tidak kahwin lagi.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails