Tuesday, November 06, 2018

18 Okt 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan MRSM PDRM .. aku dengan my loving wife ke Dewan MRSM untuk majlis Abg Adib .. eh sama besar dah aku dengan dia .. mcm rasa besar dia lagi dari aku .. apa-apa pun syabas anak abah yang seorang ni yang lain ada bahagian masing-masing ... along dah di UNIZA .. afiq PT3 .. acik Ting 1 .. ayieh UPSR .. alif eh baru darjah 3 ke ... hehehe ... semua anak6 abah ada lebih dan kurang afiq rajin .. acik bidang sukan .. ayieh bidang makan ... hehehe .. alif ermmmmmmmmm alif simpan dulu bidang apa.. apa2 pun abah dgn mama selalu mendoakan yang terbaik untuk anak6 dunia dan akhirat agar dapat tolong abah nga mama masuk syurga .. insyaAllah ..
      

SuKa sUKi je aKu Nak MasuK ...

    
 dari tahun 2000 hingga ke saat ini baru dapat menjejak kaki
lagi di ROAD WALK Penang. masih seperti dulu tidak berubah

Kebetulan masa kami pergi ke Penang .. USM mengadakan Majlis Konvokesyen .. apa lagi lepas je pusing di RoadWalk terus ke USM sambil2 cari makan apa2 yang patut 

Saturday, November 03, 2018

HaRi Hari BerLalU untuk ditinggalkan ...

Hari ni hari kedua bercuti sempena Perayaan Deepavali dirumah abah mama di taman merawan kulim, orang lain dah sampai mana dah bercuti dan hari ni juga hari kedua aku kena kaki membengkak (gout boh..)... biasalah orang panggil penyakit orang kaya katanya ...hihihi .. dari 2hb septemper 2018 along berada diperantauan (unisza gong badak terengganu) dan kemarin along jejak kaki di kulim semula, kemarin juga tak aku hanya berkurung je dalam bilik gara2 penyakit orang kaya ni .. (sorry along abh tak p jemput kat stesen bas)... mama kesayangan dia p ambik di stesen bas kulim. Along cuti sempena DEEPAVALI seminggu ... dan pulang nanti hari sabtu 10hb November. insyaAllah abah dengan mama p hantar memandangkan aku ambik cuti khamis ni dan ahad sempena Adik aku kahwin pada 09hb nov ... SELAMAT PENGANTIN BARU untk AZLINA BINTI RAMLI@ISMAIL dan pasangannya FADHIL .. fadhil je yang aku tau nama bakal adik ipar aku tu... hehehe
 Terbaca satu artikel di MSTAR online coretan diari seorang ibu yang telah tiada dan anaknya membaca coretan selama seminggu untuk dihabiskan tu yang aku teringat kat blog ni. sebelum ni pernah tulis diari tapi tu masa aku masih belajar di USM namun diari2 tu entah kemana .. so blog ni lah tempat coretan aku untuk aku tinggalkan kepada semua anak-anak cucu-cucu cicit-cicit abah. hehehe

 sweet dak abah nga mama

eeeiiiii muka berserabut dengan bulu-bulu ... hehehehe .. sebelum ni aku berjanggut je tapi sayangkan wife so aku try la simpan misai dan sideben (loving wif yg suruh simpan ni).. lepas pulang hantar along nnt aku buang la balik bagi tinggal janggut je. Umat Rasulullah perlu ada janggut ikut sunnah.

Monday, March 26, 2018

25 MAC 2018 Hari Per1 Ku di Kelas Pendidikan Khas

Hari ni merupakan hari pertama ku berada di kelas-kelas pendidikan khas .. pertama sekali apa yg terlintas difikiran aku macam mana nak ajar dia orang ni .. namun aku perlu gagahi juga untuk terus mencari sesuatu yg baru dalam hidup ku dalam menghadapi kerenah anak2 istimewa ini .. kelas pertama yg aku masuk kelas 4 .. kat pendidikan khas ni kelas cuma ada 4 kelas je .. dan kelas2 ni mengikut tahap kemampuan anak2 ini berdikari .. kelas yg 1 ni adalah kelas yg rata2 tak blh bercakap dan hanya dalam dunia dia org sendiri .. kelas 2 adalah kelas yg peringkat mampu berdikari tapi kurang komunikasi hanya seorang saje yang blh diajak sembang ... kelas ke3 adalah kelas yg mana murid nya hanya boleh berkomunikasi tetapi lemah dalam pelajaran dan kelas yang terakhir adalah ialah kelas yg mana murid2nya sepenuhnya mampu berdikari tetapi lemah dalam pelajaran. 
Hari pertama aku hanya berkenalan dengan mereka dan mencari tahap kemampuan mereka yg boleh aku ambik utk aku mengajar nanti .. aku perhatikan saje gelagat mereka dan perhatikan dalam2 mata anak2 istimewa ini .. Allahuakbar hebatnya ciptaan Allah dalam mencipta menguji seseorang .. Allahurabbi
YaAllah permudahkanlah Aku dalam mendidik anak2 istimewa ini dalam melengkapkan mereka dengan kehidupan dunia yg sebenar selepas ketiadaan ke2 orang tua mereka. Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada diri ku dalam melayan kerenah mereka .. Hanya engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkau Ya Allah Aku memohon pertolongan .. Ampunilah aku ya Allah jika aku buat salah .. 






Wednesday, July 05, 2017

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails