Saturday, November 03, 2018

HaRi Hari BerLalU untuk ditinggalkan ...

Hari ni hari kedua bercuti sempena Perayaan Deepavali dirumah abah mama di taman merawan kulim, orang lain dah sampai mana dah bercuti dan hari ni juga hari kedua aku kena kaki membengkak (gout boh..)... biasalah orang panggil penyakit orang kaya katanya ...hihihi .. dari 2hb septemper 2018 along berada diperantauan (unisza gong badak terengganu) dan kemarin along jejak kaki di kulim semula, kemarin juga tak aku hanya berkurung je dalam bilik gara2 penyakit orang kaya ni .. (sorry along abh tak p jemput kat stesen bas)... mama kesayangan dia p ambik di stesen bas kulim. Along cuti sempena DEEPAVALI seminggu ... dan pulang nanti hari sabtu 10hb November. insyaAllah abah dengan mama p hantar memandangkan aku ambik cuti khamis ni dan ahad sempena Adik aku kahwin pada 09hb nov ... SELAMAT PENGANTIN BARU untk AZLINA BINTI RAMLI@ISMAIL dan pasangannya FADHIL .. fadhil je yang aku tau nama bakal adik ipar aku tu... hehehe
 Terbaca satu artikel di MSTAR online coretan diari seorang ibu yang telah tiada dan anaknya membaca coretan selama seminggu untuk dihabiskan tu yang aku teringat kat blog ni. sebelum ni pernah tulis diari tapi tu masa aku masih belajar di USM namun diari2 tu entah kemana .. so blog ni lah tempat coretan aku untuk aku tinggalkan kepada semua anak-anak cucu-cucu cicit-cicit abah. hehehe

 sweet dak abah nga mama

eeeiiiii muka berserabut dengan bulu-bulu ... hehehehe .. sebelum ni aku berjanggut je tapi sayangkan wife so aku try la simpan misai dan sideben (loving wif yg suruh simpan ni).. lepas pulang hantar along nnt aku buang la balik bagi tinggal janggut je. Umat Rasulullah perlu ada janggut ikut sunnah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails