Sunday, October 24, 2010

Sungai, Kolam, Tasik?????

Niat di hati untuk melangkah tapak ni untuk memancing tapi apa kan day a my loving wife nak gi rumah kawan dia, main masak-masak n bakar-bakar roti. jadi niat aku terpaksa di batalkan. Niat ni terhambul keluar bila my priend duk ngata aku lama dah tak turun sungai,kolam n tasik....kali ni dia orang ke kolam cari Tilapia atau apa-apa saje yang sangkut kat mata kail tu. Sekang dah akhir bulan sepuluh tinggal sebulan lagi untuk aku pulang kampung rasa dah tak sabar nak pulang, 5 joran menunggu kat kampung. Aku lagi suka mancing kat kampung dari kat sini. kat sini air tawar kat kg air masin dekat nga laut katakan....tapi kalau dah kaki pancing dia tak kira iar tu masin ke, pahit ke,manis ke, tawar ke semua dia rembat tapi aku ni bukan kaki sangat cuma ada masa tu memang aku suka mancing. Tapi yang aku tahu area pantai la. Apa-apa pun mancing ni boleh menenangkan aku.

Wednesday, October 20, 2010

Last Exam 4 This Year

Hari ni dah masuk hari kedua anak2 ku menduduki peperiksaan akhir tahun, kalau di tanya dia orang semua dapat jawab semua senang tapi bila keluar result baru la tahu betapa senangnye dia orang jawab kat aku bila aku tanya tapi bukannye senang dia orang jawab atas kertas jawapan.
Paper aku dah selesai tinggal cek je lagi...paper 1 dah siap...yang ni senang je tebuk, tampal, kira dan tulis markah...yang menyiksakan aku paper 2..terbeliak biji mata
, kena baca satu satu perkatan yang di tulis kalau tulisan yang o.k takpe lagi tapi kalau tulis yang macam kaki lipan betul2 menyiksakan aku dari banyak segi....mata...pegi ke otak...bila sampai di otak masuk ke hati lepas tu mula lah datang malas ..bila sampai malas je confirm markah budak ni susah nak tinggi.....tapi aku selalu berperikemanusiaan.....
Hari ni aku tenung diriku dan cuba fikir yang terbaik untuk diri ku dan pekerjaan aku...apabila di motivate sikit jiwa dan perasaan ini...aku keje hari ni banyak benda yang siap.....yang paling penting "JANGAN PEDULI ISI HATI ORANG LAIN JAGA HATI KITA JE"......aku rasa mesyuarat hari ni pun aku layan dengan baik je selalu bila mesyuarat pasti aku buat bodoh je....

Monday, October 18, 2010

Dah lamo Dah........

Lamo dah aku tak main badminton....so malam ni aku turun gelanggan...gelanggan kampung2 je...kalau tak salah aku dalam tahun ni, malam ni kali pertama aku turun. Mula tu ingat tak mau main sebab esok anak dah start exam akhir tahun tapi bila tengok balik paper yang dia duduki esok agak mudah so aku ambil keputusan yang tenang untuk turun main lah....malam ni ada tiga pair dengan kata lain 6 orang la tu kan....aku, haiis, ibrahim,phonsus, hanifah n ust razak...tak lama aku kat gelanggan, 2 game je aku main ...ya lah takut gak kan nanti tak pasal2 aku tak leh jalan esok. Walaupun 2 game je tapi macam main 5 game penat gila runing2....aku pair ngan phonsus vs ibrahim n hanifah. Lepas main relaks jap tengok dia orang main, jam dah pukul 9.30pm so aku minta izin untuk gerak dulu. Terniat nak nengok anak2 belajar tapi bila sampai rumah niat tu dah hilang.....mana tidaknya semua dah masuk tidur....dalam hati kecil ini bersuara "awal juga dia org tidur selalu kena marah dulu baru tidur"....anyway harap dia orang dapat jawap dengan baik esok. InsaAllah. Abahmu selalu doakan yang terbaik untuk anak6 dan keluarga. Ya la kan ibubapa mana nak lihat anak dia gagal kan....

Sunday, October 17, 2010

1 Hari......

'Alang-alang mandi biar lah basah'...nak kata basah semua tidak la tapi hari ini kami sekeluarga memerah keringat menyiapkan apa yang perlu dan mengemaskan apa yang berselerak. Destinasi yang paling utama adalah kawasan dapur area....mana tidaknya dah macam kapal pecah bukan lagi kapal tapi keretapi yang 66 gerabak aksiden dengan 15 kapal terbang yang kandas atas 5 kapal minyak....cuba anda bayangkan bagaimana keadaan rumah aku masa ni terutama kawasan dapur....sungguh menyiksakan dari semua arah sudut pandang yang berbeza. Jadi tenaga kerje yang di kerah adalah dari negara-negara yang sihat-sihat belaka untuk menjayakan aktiviti lasak ini. Keje-keje yang di lakukan berjalan dengan baik sekali walaupun ada ketika terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku...setiap penjuru di teliti agar tidak ada bebanan keje yang tidak dapat diselesaikan hari ini....dalam masa lebih kurang 3 setengah jam akhirnya semua kelengkapan siap di simpan dan setiap penjuru siap di kemas......tenaga yang digunakan telah di bayar dengan upah yang menjolok mata sekali......iaitu MAGGI SEDAP yang di masak sup oleh majikannya......hahahahahaha.....Akhirnya terang biji mata ku ini bila masuk 'kitchen area'....huuhh selesai....
Jarang2 sekali buat keje macam ni dengan all fmly sungguh seronok...semua terlibat tidak kira kecik....besooooorr...semua menyumbang tenaga....yang bestnye tukang sapu dan tukang sepah seiring bergotong royong...huhuhu....sapa lagi yang suka buat sepah kalau bukan yang geng kecik kaki dalam rumaah ni.....Muham,Ayieh n Ayuni.....aku buat rak mana yang patut ,...my wif kemas mana yang patut, along bahagian cuci...adib bahagian pakaian basuh n jemur...afiq tilam, selimut dan apa2lah yang berkaitan dengan tempat tidur...

Saturday, October 16, 2010

Jalan2....

Dah lama aku berkurung di Keningau...kalau tak salah aku sebelum puasa lagi aku tak pergi KK...dan rasa macam dah semak dalam kepala ni macam2 yang terfikir...so hari ni aku nekad untuk bawa anak6 aku jalan2..sepatutnya aku perlu ada di sekolah untuk program 1 Juta Pokok Bagi Jabatan Pelajaran Daerah Keningau ... pokok kelapa yang di tanam kira dah selesailah dengan bukti gambar yang di ambil semasa aku menanam. hehehe....aku pulang awal semata2 nak bawa anak6 jalan2. KK...kami terpaksa bertolak lewat coz kena masak dulu untuk bekal..almaklumlah aku punya askar ramai yang perlu di kawal so masak siap2 kat rumah baru bertolak...jam 10 kami bertolak dari rumah, 1st detinasi ialah Pantai Tanjung Aru, pasang khemah, makan, rehat sambil anak5 main di gigi ombak buat lubang dalam air laut...pukul 3 keluar dari pantai ke masjid terus ke Baked With Me (kedai barang kek my wife)....lepas tu ke Giant dan macam biasa ais krim yang di tuju dulu, my wife kat kereta coz ayuni,farish n afiq tidur....dari Giant kami ke Karamunsing dengan niat nak beli Mouse....tapi yang dapat mouse dan monitor 19" (RM354)..mouse yang murah je mula nak ambil yang wireless tapi macam mahal la pulok...maklumlah buget kena ambil kira gak sebab dah dekat nak pulang kampung...keluar dari karamunsing pukul 7.30pm dari sini ke Pasar Philipin mencari seafood tapi takde yang menarik cuma dapatlah tiram yg dah siap di kopek dan di pek dalam plastik....Kami bertolak pulang jam 8.30pm sampai rumah jam 11.20pm....singgah shell n petronas tambunan.

Sunday, October 10, 2010

Salasilah Keluarga

Hari ni aku n my wife duk mangadap laptop...ingat nak baca berita kejap tapi terbuka fail salsilah keluarga yang aku buat sebelum ni. Aku buat sebelum ni just suka-suka dan sekarang aku buat betul-betul. Salasilah keluarga aku dan salasilah keluarga my wife. Bila dah siap baru aku tahu yang aku ni tak kenal lagi nama anak-anak buah aku ....hehehhe teruk betul bapa saudara ni....mana tidak semua tukar panggilan mana ada nama betul...along la...angah la...acik la so macama mana aku nak ingat nama-nama diorang. Apabila dah siap yang aku ingat la...baru aku tahu nama-nama anak buah aku tak leh nak isi...sama la dengan salalsilah my wif aku..ingat panggilan je nama betul 'LUPA'...bkn tak ambil peduli tapi 'LUPA'...hehehe..Lepas ni aku perlua buat satu kerja khas agar apa yang aku mulakan ini akan menampakkan hasilnya yang mantap. InsaAllah.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails