Dah lama aku berkurung di Keningau...kalau tak salah aku sebelum puasa lagi aku tak pergi KK...dan rasa macam dah semak dalam kepala ni macam2 yang terfikir...so hari ni aku nekad untuk bawa anak6 aku jalan2..sepatutnya aku perlu ada di sekolah untuk program 1 Juta Pokok Bagi Jabatan Pelajaran Daerah Keningau ... pokok kelapa yang di tanam kira dah selesailah dengan bukti gambar yang di ambil semasa aku menanam. hehehe....aku pulang awal semata2 nak bawa anak6 jalan2. KK...kami terpaksa bertolak lewat coz kena masak dulu untuk bekal..almaklumlah aku punya askar ramai yang perlu di kawal so masak siap2 kat rumah baru bertolak...jam 10 kami bertolak dari rumah, 1st detinasi ialah Pantai Tanjung Aru, pasang khemah, makan, rehat sambil anak5 main di gigi ombak buat lubang dalam air laut...pukul 3 keluar dari pantai ke masjid terus ke Baked With Me (kedai barang kek my wife)....lepas tu ke Giant dan macam biasa ais krim yang di tuju dulu, my wife kat kereta coz ayuni,farish n afiq tidur....dari Giant kami ke Karamunsing dengan niat nak beli Mouse....tapi yang dapat mouse dan monitor 19" (RM354)..mouse yang murah je mula nak ambil yang wireless tapi macam mahal la pulok...maklumlah buget kena ambil kira gak sebab dah dekat nak pulang kampung...keluar dari karamunsing pukul 7.30pm dari sini ke Pasar Philipin mencari seafood tapi takde yang menarik cuma dapatlah tiram yg dah siap di kopek dan di pek dalam plastik....Kami bertolak pulang jam 8.30pm sampai rumah jam 11.20pm....singgah shell n petronas tambunan.
No comments:
Post a Comment