Monday, November 26, 2018

MuhaMMad FaRisH Bin Azzihan di Kem Tahfis Masjid Assomadi Geting

25hb nov adalah pendaftaran bagi muhammad farish dalam kem tahfiz selama 3 minggu. jika dia o.k dan ingin teruskan so aku akan tinggalkan dia untuk buat sepenuh masa tahfiz dan tidak akan sekolah perdana lagi. Abah harap anak abah mampu meneruskan demi kebaikan kita semua didunia dan juga di akhirat kelak. Abah dan mama tidak apa yang perlu hanya doa dari anak6 agar abah dan mama terus ke syurga dengan doa anak6. InsyaAllah dengan izinNya anak6 abah dapat melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan paling penting untuk abah dan mama.
 comel anak abah .... hehehehe ..sejuk mata memandang

eh jangan makan banyak ... errkk errrk

Majlis Perkahwinan Keluarga Cikri dan Kak Diana

Kenduri ni 24hb sabtu sama tarikh dengan aku naik bas pulang ke kampung so my loving wife and acik je yang wakil kami. Bas kami gerak pukul 10.45 pagi , bas abg afiq pula gerak pukul 11.45 pagi so lepas je kami gerak mama terus ke tempat kenduri, sempat pickup abg adib di MRSM sama-sama ke tempat kenduri.





Moh KiTa BaLik KamPung

Cuti sekolah dah mula start, so aku planning nak hantar anaknda yang nombor 5 ke sekolah tahfiz sepertimana yang diminta-minta olehnya .. sapa lagi kalau bukan Muhammad Farish .. dan dalam masa yang sama nak masuk jawi anaknda yang terakhir aku ... nur muhammad lah gerangannya. 
   Awal cuti sekolah ni masing-masing perlu berpecah untuk melaksanakan tanggungjawab masing2 ... along di Gong Badak ... Abang Adib exam SPM sampai 6hb ...abg afiq ke kem permata pintar 3 minggu 1hb daftar masuk tapi ke k.l sekali dengan tarikh aku 24hb(Sabtu) ... acik dengan mama tinggal dikulim temankan mama .. mama tunggu abg adib.
  Dah habis fikir so aku buat keputusan balik dengan bas memandangkan Kancil tak berapa sihat utk aku tinggalkan untuk mama.

 tunggu sampai bas abah nga farish nga muham jalan ..



 bas 2 tingkat ...duk tingkat atas depannnnn sekali


Friday, November 23, 2018

Malam Mahabbah Rasul - Nabi Kita Payung Kita

Surau Al-Khausar Taman Seri Petaling telah mengadakan program (rujuk diatas malas aku nak tulis), Kerjasama sekolah aku, syarikat RNZ dan Majlis Pembandaran Kulim. Sekolah aku dipilih pasal pengerusi surau Yang Dipertua PIBG sekolah aku, so aku dengan ustaz bukhari dengan ustaz ghafar ke sana atas tiket AJK kutip derma untuk tabung PIBG. Guna bekas tapperware bulat panggil murid2 SKAM 10 orang dan dia orang ni yang akan bergerak termasuklah anak aku sekali .. NUR MUHAMMAD BIN AZZIHAN dan MUHAMMAD FARISH BIN AZZIHAN. tapi yang pergi malam tu MUHAMMAD AFIQ AKMAL BIN AZZIHAN dan SALMAN HADI BIN AHMAD NAZIM .. eh tiba2 ada anak NAZIM ni ... HADI ni belajar di Alor Setar dan mak ayah dia kat sabah so cuti je dia datang sini lepak2 sambil tu aku ambil peluang belajar mengaji dengan dia ... dia ni budak hafiz dan sambung belajar buat alim.



 tunggu Q utk saguhati ..

masa proses mengira
Ni gambar hantar HADI ke Airport Penang dia nak balik SABAH, so ajar dia macam mana nak travel sendiri dr AS ke Airport penang

MaJLis JasaMu DiKenAnG Sir oZeLAn Dan Cikgu UMI KalSom

Last hari persekolahan dan last juga bagi 2 orang insan pendidikan yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama puluhan tahun iaitu sir OZELAN BIN OMAR dan cikgu UMI KALSOM BINTI ABU BAKAR. Mereka ber2 telah diraikan dalam satu majlis. Jumpa hilang silih berganti dalam persahabatan dan persahabatan ini berkekalan hingga ke JANNAH INSYAALLAH. Nak cerita sikit pasal SIR OZELAN ni, dia bagi aku kiranya mat special perwatakannya hampir sama dengan perwatakan ayahnda aku RAMLI @ ISMAIL BIN SENIK. setiap gerak geri tutur kata seakan-akan sama sebab tu aku rapat dengan dia. Cikgu UMI KALSOM pendiam orangnya tapi ramah bila dia bersuara, semenjak aku di PPKI lagi jauh lah aku dengan mereka di arus perdana. apa-apa pun gambar berbicara .....






pelukan terakhir sebagai pendidik 






Tuesday, November 20, 2018

Jamuan Akhir Tahun 2018

Semalam punya cerita isnin 19hb di hotel Emeriad di Sg Petani .. ni kali ke3 SKAM buat majlis di hotel. Masa aku pegang pengerusi kelab guru dulu 2kali makan kat hotel. Mula2 Hotel Sri MAlaysia majlis perpisahan Kak Ina naik pangkat jadi GB dan Hotel Dekat Prai entah apa nama hotel tu Majlis Persaraan GB Che Indon. Majlis kali ni sekali dengan majlis jamuan persaraan Sir Ozelan OMar, Ustaz Mahayuddin dan Kak Umi Kalsom Abu Bakar. Tema kali ni dia orang bagi Tema GLAm .. aku pun tak tau apa itu Glam ... search la kat google so dapat la tengok Tema Glam mcm mn. Masa majlis persaraan Che Indon aku letak Tema Bollywood memang Bollywood habis lah dia orang.






Sunday, November 18, 2018

Pertandingan Robotik 17hb

Sabtu 17hb nov 2018
 Pukul 5.30 pagi dah bangun dan siap2 untuk ke Alor Setar pertandingan Robotik. Bawa laa 4 orang peserta ALyaa Batrisyia, Iffah Aziqah, Muhd Aniq dan Nur mUhammad Bin Azzihan. Aku keluar rumah pukul 6.07 minit janji 6.10 terus jalan .. sampai depan sekolah kul 0616 dah terlewat semua dah ada. sampai ambik dia orang terus gerak tak tunggu dah takut lewat. singgah di RNR Gurun breakfast dulu dan sampai di PPD Kota Setar Pukul 08.15. Masuk je dewan pengawas tengah beri taklimat so setting laptop dan sattle mana yang patut. Pukul 09 soalan pertama dibaca semua peserta lepas lagi walaupun dah ada dari sekolah lain yang kena keluar sebab tak dapat selesaikan soalan. masuk soalan kedua anak abah yang kena keluar sebab tak boleh solve the problem. Soalan ke3 iffah dan alya kena kluar. tap anak cgu AB Rahman dapat etruskan hingga top 5 soalan ke 6 baru dia tak boleh settle. semua hebat.





Jamuan Tahun 6 ..anAk ke 5 AbaH dan MaMa

Pagi tadi sibuk dengan Hari Keluarga PPKI pukul 2.30 baru sampai rumah. sampai je dirumah tukar kereta pakai motor p ambik anak teruna yang ke5 di sekolah. Malamnya pula Jamuan bagi semua Tahun 6 2018 termasuklah anak abah ni, so Abah ikut seklai la p tengok makanan je kot2 kena dengan selera .. hehehehe.. punya laa dressing pakai baju pinjam ... Handsome juga anak abah ni, ... like father like son .. 








taNgGal 18hb NoV 2018 bertambah sorang Lagi CucU AyahNda Bonda

Alhamadulillah masih lagi baby girl dari daddy amzam dan umi rosmawati dan kakaknya nurin afiffah lahirnya ditunggu. Hari ini mengenal dunia lah dia dengan raut wajah yang comel, rambut yang pacak keatas ..dalam selimut berbulu kesejukkan katanya ..

like father like daughter


Hari KeLuaRga PPKI 2018

Bertempat Di SEDIM VISTA RESORT, geng kami PPKI telah mengadakan Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun. Aku tahun pertama dengan keluarga PPKI dan kerja aku handle sukaneka dengan sarah dan azilah. acara kami buat trompah gergasi, isis air dalam botol utk anak2 khas, pancing botol untuk anak2 dan pass getah guna straw.












ada pulak ahli tambahan
SWEET nye awak ... pweeeetttt
sapo namo awok


koyaaa  aaaa:;!!!!!

set koya pah ceroh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails